Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives March 2024

Terbuka Switzerland satukan semula Roy King-Wan Arif

KUALA LUMPUR: Kejohanan badminton Terbuka Switzerland dari 19 hingga 24 Mac ini menjadi medan membentuk kembali keserasian beregu lelaki negara Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi yang digandingkan semula selepas tiga bulan ‘terpisah’.

Roy King-Wan Arif yang mula berganding pada Mac tahun lalu mencuri tumpuan selepas meraih beberapa kejuaraan termasuk muncul juara kebangsaan sebelum langkah mereka terhenti apabila Roy King mengalami kecederaan lutut pada Disember.

Roy King ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini mengakui teruja apabila dapat kembali menyertai kejohanan selepas berehat panjang, namun pada masa sama berwaspada supaya kecederaan itu tidak berulang.

“Sekarang apa boleh dikatakan keadaan saya berada pada tahap 100 peratus bersedia untuk beraksi. Ini minggu pertama saya jalani latihan, boleh dikatakan proses itu baik sekali,” katanya.

Selain turun dalam acara beregu lelaki, pemain berusia 23 tahun itu akan berpasangan dengan Valeree Siow dalam acara beregu campuran.

Sementara itu, Wan Arif yang teruja gandingannya sudah pulih dan kembali ke gelanggang berharap mereka dapat mengatur rentak secepat mungkin bagi membina semula keserasian sekali gus mencipta keputusan yang baik di kejohanan Super 300 itu.

“Perasaan itu lain sebab sejak Disember lagi kami tidak berlatih bersama dan saya turut bertukar-tukar gandingan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu sasaran (suku akhir) itu dijadikan beban kerana apa yang penting kami hanya nak berikan persembahan terbaik setiap kali beraksi,” katanya yang tekad memperbaiki kelemahan mereka khususnya ketika detik penting menuju mata kemenangan. – BERNAMA

Skuad badminton latih di Perancis, berbasikal di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Skuad badminton kebangsaan akan berkampung selama 10 hari di wilayah Aire-sur-la-Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini bagi menjalani kem latihan pra-Sukan Olimpik Paris 2024.

Penyelaras Program Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam berkata, selain kem latihan pra-Olimpik, jawatankuasa itu turut menunaikan dua lagi permintaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjalani kem latihan di luar negara sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan di China iaitu Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo (9 hingga 14 April) serta Piala Thomas dan Uber 2024 di Chengdu (28 April hingga 5 Mei).

“Kem latihan pertama sebelum BAC akan bermula dari 26 Mac hingga 6 April, manakala kem latihan kedua sebelum Piala Thomas dan Uber dari 15 hingga 24 April,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG semalam.

Setakat ini, tujuh pemain di bawah naungan BAM disenaraikan dalam Program RTG iaitu pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong, juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Dalam pada itu, Stuart berkata Jawatankuasa RTG memberi lampu hijau buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk menjalani kem latihan berpusat sebelum ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Beliau berkata, kedua-dua pelumba berkenaan akan menyertai dua kem latihan di Brisbane, Australia dari 23 Mac hingga 13 April ini dan Silverstone, Britain dari 9 hingga 13 Jun ini, manakala kem latihan pra-Olimpik pula akan diadakan di Mallorca, Sepanyol dari 13 Jun hingga 1 Ogos.

Stuart pada masa sama memaklumkan pihaknya turut memantau perkembangan kesihatan Azizulhasni selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022 di Hospital Epworth Richmond, Melbourne dan terus menyokong keperluan latihan serta perubatannya dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersama RTG Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Tze Yong selamat menjalani pembedahan di bahagian belakang oleh Institut Sukan Negara baru-baru ini dan mendoakan pemain berusia 23 tahun itu segera sembuh.

Selain kecederaan belakang, impian Tze Yong untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2024, dijadual dari 26 Julai hingga 11 Ogos, sukar dipastikan selepas turut mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia Januari lalu.

Pembedahan di bahagian belakang dijangka mengetepikan Tze Yong daripada beraksi di gelanggang selama beberapa minggu dengan tempoh kelayakan ke Paris 2024 akan berakhir pada 28 April.

Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dunia dalam ranking Race to Paris menjelang tempoh akhir kelayakan, dengan pemain profesional Lee Zii Jia kini menduduki ranking ke-10, sementara Tze Yong di tangga ke-15, tetapi berisiko kehilangan kedudukan itu jika dia terus tidak beraksi dalam kejohanan kelayakan. – BERNAMA

PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-
221001 – Khidmat Kebersihan & rawaan – Pembersihan Bangunan Dan pejabat
221002- Membersih Kawasan

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/013/2023 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 MAC 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 4 MAC 2024 (ISNIN/10.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA,KL
TARIKH TUTUP : 11 MAC 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA,  KUALA LUMPUR UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 dan Kategori – CE Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod C21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 MAC 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 4 MAC 2024 (ISNIN/11.30 PAGI) & LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA, KL
TARIKH TUTUP : 11 MAC 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

SESI PERBINCANGAN MSN BERSAMA PETRONAS

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah mempengerusikan Perbincangan bersama PETRONAS pada jumaat bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan penglibatan petronas dalam temasya Sukan Malaysia dan acara utama seperti Le Tour de Langkawi.

KARNIVAL BAKAT KEBANGSAAN SELANGOR SIRI 01/2024

Sekitar hari pertama bagi sukan Angkat Berat di SMK Seksyen 11, Shah Alam pada Khamis. Karnival Bakat Kebangsaan Selangor Siri 01/2024 kini sedang berlangsung bermula 28 Februari hingga 2 Mac ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia