Sesi Perjumpaan bersama Atlet serta Jurulatih Program Podium dan Pelapis Kebangsaan

YBrs. Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah hadir pada Sesi Perjumpaan bersama Atlet serta Jurulatih Program Podium dan Pelapis Kebangsaan bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Khamis.

Dalam ucapan, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam mengharungi 2 temasya sukan utama pada tahun 2023 iaitu Sukan SEA Cambodia pada 5 hingga 17 Mei dan Sukan Asia Hangzhou pada 23 September hingga 8 Oktober yang lalu.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memaklumkan berkenaan perancangan dan persediaan atlet-atlet bagi menghadapi pertandingan yang akan disertai pada tahun depan.