Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia edisi Wilayah Persekutuan Labuan

Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia edisi Wilayah Persekutuan Labuan bersama Persatuan E-Sports Labuan telah berlangsung pada 2 & 3 Disember 2023 yang lalu.

Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia ini merupakan kerjasama di antara Majlis Sukan Negara dan Persatuan E-Sports negeri bertujuan untuk melahirkan juara-juara baru bagi sukan elektronik di Malaysia.

Majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Encik Zulhelmi Amran, Penolong Pengarah, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Teruskan bersama kami untuk melihat perjalanan program ini dan anda mungkin juara yang kami cari!