Last updated on Disember 7th, 2022

SUKAN MALAYSIA

Slider
Sukan Malaysia (SUKMA) adalah Temasya Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan remaja secara dwitahunan ini. Selain bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat baru dalam bidang sukan, pemilihan negeri – negeri selaku tuan rumah adalah bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri – negeri bagi membantu pembangunan sukan secara keseluruhan di Malaysia.
Temasya ini telah bermula pada tahun 1986 dengan Kuala Lumpur selaku tuan rumah pertama temasya ini. Temasya sukan ini dilaksanakan setiap dua tahun sekali mengikut negeri sehingga tahun 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JKPS) pada tahun 2010 telah memutuskan untuk temasya ini untuk dianjurkan setiap tahun mulai tahun 2011 dengan Majlis Sukan Negara sebagai tuanrumah pada setiap tahun ganjil dalam usaha untuk membangunkan dan mendemokrasikan semua sukan di Malaysia terutamanya sukan pilihan. Walaubagaimanapun temasya Sukan Malaysia pada tahun ganjil telah dihentikan pada tahun 2015, atas sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos yang tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah kontingen Sukan Malaysia pada setiap tahun.
Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor yang dijadual berlangsung pada 11 – 19 Julai 2020 telah ditunda kepada 6 hingga 14 Mac 2021 selepas tarikh itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma. Turut dipersetujui adalah tarikh Para SUKMA Johor 2020 yang ditunda ke satu tarikh baharu iaitu dari 5 hingga 10 April 2021 depan selain penjenamaan temasya berkenaan kekal kepada SUKMA 2020 dan Para SUKMA 2020.
Sukan Malaysia
Sukan Malaysia
Objektif Sukan Malaysia

Latar Belakang

Tarikh Perkara
1983
i) Dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan 
ii) Bermula dengan Tenis, Ping Pong, Berbasikal, Olahraga dan Bola Tampar
iii) Bilangan sukan bertambah disebabkan oleh populariti
1986
Sukan Malaysia I, Kuala Lumpur
1988
Sukan Malaysia II, Kuala Lumpur
1990
Penganjuran mengikut zon secara pengiliran
27-May-10
Keputusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan: Tahun ganjil dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara - Sukan Pilihan dan Sukan Berpasukan
2011
SUKMA XIV, Kuala Lumpur
2012
SUKMA XV, Pahang
2013
SUKMA XVI , Kuala Lumpur
2014
SUKMA XVII, Perlis
2016
SUKMA XVIII, Sarawak
2018
SUKMA XIX, Perak
Peraturan Tetap Sukma
Peraturan Am Sukma
Senarai Sukan Pilihan
Perlantikan Tuan Rumah
Negeri Tuan Rumah
Penyertaan SUKMA
Logo Sukan Malaysia
Peraturan Pertandingan SUKMA
Senarai Sukan Wajib
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status