Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 hingga 3 Julai 2025 melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Sukan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan sukan secara menyeluruh dan sistematik.
Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, MSN, yang turut diiringi oleh Encik Chew Kok Rui, wakil Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Seramai 111 peserta daripada pelbagai kategori kecacatan (kecacatan fizikal, kecacatan penglihatan dan lemah pembelajaran) telah hadir pada sesi pencarian bakat yang telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.
Saringan melibatkan 8 jenis Sukan Para iaitu Para Olahraga, Para Renang, Para Badminton, Para Ping Pong, Para Memanah, Powerlifting, Boccia serta Para Catur dan 40 peserta telah dikenal pasti berbakat dan berpotensi di Zon Tengah.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Jefri Ngadirin, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai langkah awal persediaan ke Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025.
Mesyuarat ini turut dihadiri Presiden MPM, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Zaharuddin, bagi memastikan peranan MPM dan ISN dapat diselaraskan dalam persiapan kontinjen negara menjelang temasya dwitahunan yang dijadual berlangsung pada Januari 2026.

Majlis Sukan Negara menerusi Kelab MSN telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal MSN 2025 pada Ahad, 29 Jun 2025.
Tujuan utama kejohanan yang diadakan di The Mines Resort & Golf Club ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan ukhwah antara semua pemegang taruh MSN yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan negara termasuk sektor korporat dan pengamal media.
Kejohanan ini juga menjadi platform untuk mewujudkan peluang kerjasama strategik, perkongsian pintar dan hubungan yang lebih erat antara MSN dengan semua pihak yang terlibat.
Penganjuran kali ini disertai 120 pemain terdiri daripada wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, organisasi sukan negara, persatuan sukan kebangsaan, sektor korporat dan pengamal media.
Ini merupakan penganjuran kali kedua selepas penganjuran kali pertama pada 2019.