PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

                        220901– KAWALAN SERANGGAN PEROSAK/ANTI TERMITE

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/007/2023 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 16 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 20 FEBRUARI 2024 (SELASA/11.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 27 FEBRUARI 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                      : 03-89929066 En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)           : 03-89929837

Muat Turun : <iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>