Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TERTINGGI SUKMA 2026

Menteri Belia dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan.

Mesyuarat yang menghimpunkan wakil Exco setiap negeri ini membentangkan status terkini persiapan temasya, termasuk langkah penjimatan yang akan dilaksanakan oleh tuan rumah, Selangor menjelang temasya dwitahunan yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.

Turut berlangsung, majlis undian sukan berpasukan bagi sukan bola sepak dan kriket.