KERJA-KERJA MENAIKTARAF DEWAN SERBAGUNA DI KOMPLEKS MSN ROMPIN, PAHANG UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Negeri Pahang, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1, Kategori – CE Pembinaan Kejuruteraan Awam Pengkhususan CE21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Pahang serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                                  : 03-89929066  

En. Muhamad Faezal Md Noh (Spesifikasi Teknikal)                         : 03-89929837