Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PEGAWAI PERLUMBAAN SUKAN PELAYARAN 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Wanita dalam Sukan telah mengadakan Kursus Pegawai Perlumbaan Sukan Pelayaran 2025 telah berlangsung pada 15–17 November 2025 bertempat di Pusat Latihan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah.

Program selama 3 hari ini menghimpunkan 32 orang peserta dengan bimbingan dua tenaga pengajar berpengalaman En. Mohd Afendy Bin Abdullah, International Race Officer (IRO) dan En. Amran Bin Wahab, National Race Officer (NRO).

Sebagai salah satu inisiatif di bawah Program Wanita Dalam Sukan, kursus ini memberi penekanan khusus terhadap meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kepegawaian dan pengadilan sukan pelayaran, selaras dengan skop pembelajaran baharu sukan tersebut. Usaha ini merupakan komitmen berterusan dalam memperkasa wanita di arena sukan.

PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN PERSIAPAN TEMPAT BAGI MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KONTINJEN SUKAN SEA 2025 DAN PARA ASEAN 2026

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221305 – PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN
222001 – MEDIA ELEKTRONIK (TIDAK TERMASUK KERJA-KERJA PERCETAKAN)
221304 – AUDIO VISUAL

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/037/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN PERSIAPAN TEMPAT BAGI MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KONTINJEN SUKAN SEA 2025 DAN PARA ASEAN 2026
TARIKH BUKA : 17 NOVEMBER 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 21 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Nor Ikhwan Ismail (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929004

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PENAJAAN ANTARA MAJLIS SUKAN NEGARA DAN CORPORATE HERO CENTURY SDN. BHD. (PACE)

Majlis Sukan Negara memeterai perjanjian penajaan bersama syarikat barangan sukan, Corporate Hero Century Snd. Bhd. (PACE) yang menyediakan pakaian rasmi TEAM MAS kepada atlet di bawah program MSN.

Pada majlis tersebut, MSN diwakili Ketua Pengarah, YBrs. Encik Jefri Ngadirin manakala PACE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Teoh Chia Chun dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

LAWATAN DCDM KE PUSAT LATIHAN KARATE TEMASYA SUKAN SEA 2025, THAILAND

Lawatan rasmi Timbalan Chef de Mission (CDM) ke pusat latihan pasukan karate negara telah diadakan pada 14 November 2025 bertempat di Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil.

Sesi lawatan diketuai YBrs. Encik Nazmizan Muhammad bertujuan meninjau persiapan akhir pasukan menjelang temasya dwitahunan tersebut.

3 pingat emas menjadi sasaran pasukan karate di Sukan SEA edisi kali ini.

PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN KIMIA PENCUCI DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020403 – BAHAN PENCUCI & PEMBERSIHAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/061/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MEMBEKAL BAHAN KIMIA PENCUCI DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI GAMBANG, PAHANG
TARIKH BUKA : 18 NOVEMBER 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 26 NOVEMBER 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira Zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN BAHAN BAKERI UNTUK KAFETARIA ATLET ‘TIME OUT’ DI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

040102 – MAKANAN DAN MINUMAN (TIN, BOTOL DAN BERBUNGKUS)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/063/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN BAHAN BAKERI UNTUK KAFETARIA ATLET ‘TIME OUT’ DI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 18 NOVEMBER 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 26 NOVEMBER 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN MEMBEKAL GAS MEMASAK DI KAFETARIA AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/062/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MEMBEKAL GAS MEMASAK DI KAFETARIA AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 18 NOVEMBER 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 26 NOVEMBER 2025 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Sahazliza Sahid Abdullah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929770

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

6th ISLAMIC SOLIDARITY GAMES 2025, Riyadh, Saudi Arabia

SUKAN: MUAY THAI

ACARA: WOMEN’S 45–50KG

KEPUTUSAN RASMI / RANKING:

🥇🇲🇦 KALTHOUM AKHLOUF (MOROCCO)

🥈🇮🇷 FERESHTEH HASSANZADEH MIRSadeGHI (IRAN)

🥉🇲🇾 DAMIA HUSNA (MALAYSIA)

ACARA: WOMEN’S 50–55KG

KEPUTUSAN RASMI / RANKING:

🥇🇹🇷 GULISTAN TURAN (TÜRKIYE)

🥈🇦🇪 ZINEB BOUMADA (UAE)

🥉🇲🇾 NUR AMISHA (MALAYSIA)

ACARA: MEN’S 55–60KG

KEPUTUSAN RASMI / RANKING:

🥇🇰🇿 TURAR DUISEKHEN (KAZAKHSTAN)

🥈🇮🇶 AYAD ALBADR (IRAQ)

🥉🇲🇾 WASSOF BIN RUMIJAM (MALAYSIA)

PROGRAM BICARA INTEGRITI SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI 2025 PERINGKAT MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Program Bicara Integriti bersempena Bulan Integriti Nasional 2025 Peringkat Majlis Sukan Negara, dengan tema “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu integriti, amalan tatakelola yang baik, kesalahan tatatertib serta pembudayaan norma kelakuan yang profesional dalam sesebuah organisasi.

Sesi ini telah disampaikan oleh Tuan Kamal Affandi Hashim, aktivis sosial dan penganalisis jenayah terkemuka Malaysia.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada warga MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Sekretariat MASOC telah hadir bagi memeriahkan program ini.

PERJUMPAAN DCDM BERSAMA PASUKAN KABADDI TEMASYA SUKAN SEA 2025, THAILAND

Timbalan Chef de Mission (CDM) ke Sukan SEA 2025 Thailand, YBrs. Encik Nazmizan Muhammad mengadakan perjumpaan bersama pasukan kabaddi negara pada 14 November 2025 di Auditorium MSN Bukit Jalil.

Perjumpaan diadakan bertujuan mendapatkan perkembangan terkini persiapan pasukan menjelang temasya dwitahunan itu serta memastikan kesiapsiagaan atlet berada pada tahap terbaik.

Pasukan kabaddi negara akan menyertai enam acara, kali pertama sukan itu dipertandingkan di temasya tersebut.