Bengkel Penetapan Sasaran Pingat sebagai sesi akhir penyelarasan persiapan Kontinjen Malaysia menuju Temasya Sukan SEA ke-33 yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Thailand telah diadakan pada 29 November 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, menegaskan komitmen MSN bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam memastikan persiapan kontinjen berada pada tahap optimum.
Bengkel ini memberi fokus kepada semakan atlet serta memastikan semua aspek operasi dan logistik berjalan lancar, termasuk susulan perubahan venue oleh pihak penganjur.











