Atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah dinobat Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2024.
Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2024 itu menewaskan 4 calon lain iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh boling wanita Sin Li Jane, pelari menara Soh Wai Ching dan jaguh wushu wanita, Tan Cheong Min.
Jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin pula memenangi anugerah Atlet Para terbaik buat kali ketiga, menewaskan Cheah Liek Hou (para badminton), dan 3 wakil para olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) dan Eddy Bernard (100m T44).
Turut mecipta sensasi, perenang muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry yang diangkat sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik.
Hadiah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Majlis Anugerah SAM-100PLUS mempertandingkan 13 kategori termasuk Anugerah Siebel, Anugerah Fotografi Sukan Terbaik, Anugerah Pengulas Sukan Popular dan Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM.






