Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 1, 2025

KERJA-KERJA SISTEM AIR PANAS (HEAT MACHINE) SECARA BERKALA DI BANGUNAN CASA 2 DAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 hingga G7, Kategori ME – Pengkhususan M18 berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/036/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA SISTEM AIR PANAS (HEAT MACHINE) SECARA BERKALA DI BANGUNAN CASA 2 DAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL
TARIKH BUKA : 1 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 9 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) SECARA KOMPREHENSIF DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG PANDAN UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 Kategori ME – Pengkhususan M01 berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/035/2025 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) SECARA KOMPREHENSIF DI PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KG PANDAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 9 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN PERKAKASAN DAPUR DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK DAN 020301 – PERKAKAS ELEKTRIK DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/027/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERKAKASAN DAPUR DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH
TARIKH BUKA : 1 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 9 JULAI 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Iskandar mahu pemain wanita lebih berbisa

KUALA LUMPUR: Iskandar Zulkarnain Zainuddin mahu memastikan pemain perseorangan wanita negara memiliki ketajaman taktikal setanding jaguh dunia apabila memulakan tugas sebagai jurulatih baharu skuad itu.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara berusia 34 tahun itu, berkata pengalaman melatih skuad Ireland sebelum ini banyak mengajarnya pendekatan berbeza dalam membina keyakinan serta ketahanan mental pemain.

“Saya gembira untuk kembali ke BAM (Persatuan Badminton Malaysia), kali ini bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih yang bersedia memberi semula kepada badminton Malaysia.

“Ketika di Ireland, saya banyak belajar mengenai pendekatan berbeza dalam latihan dan tuntutan berprestasi tinggi.

“Kini saya mahu membantu pemain perseorangan wanita negara membina keyakinan, menajamkan aspek taktikal serta fizikal mereka dan akhirnya melakar kejayaan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kepulangan Iskandar turut dilihat sebagai langkah signifikan BAM untuk menyuntik nafas baharu dalam skuad perseorangan wanita negara yang dilihat agak tenggelam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketika ini, hanya dua pemain – K Letshanaa dan Wong Ling Ching – yang beraksi secara tetap dalam saingan Jelajah Dunia BWF, itupun kebanyakannya di kejohanan tahap rendah.

Iskandar pernah membantu skuad lelaki negara meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Incheon 2014 dan Piala Thomas 2016, selain muncul naib juara Masters Malaysia 2016.

Beliau juga meraih pingat perak perseorangan lelaki dan berpasukan campuran pada Kejohanan Remaja Dunia 2009.

Sepanjang karier jurulatihnya di Ireland sejak 2021, Iskandar berjaya membantu negara itu melayakkan dua pemain perseorangan – Nhat Nguyen dan Rachael Darragh ke Sukan Olimpik Paris 2024 – pencapaian besar bagi badminton Ireland.

Pengarah kejurulatihan perseorangan kebangsaan, Kenneth Jonassen berkata pelantikan Iskandar hadir pada masa tepat dengan skuad perseorangan wanita kini melalui fasa peralihan penting.

“Kami yakin Iskandar mampu memimpin pembangunan perseorangan wanita negara. Pengalaman antarabangsa yang dimilikinya bersama latar belakang sebagai bekas pemain negara memberi kombinasi terbaik untuk menggilap potensi mereka,” katanya.

Iskandar akan memulakan tugas rasminya di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada 1 Oktober ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia