MALAYSIA AVIATION GROUP (MAG) DAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) BERKOLABORASI MENYOKONG VISI SUKAN NEGARA 2030

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Malaysia Aviation Group (MAG) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di MAB Academy, Sepang.

MAG hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan KBS, khusus untuk memajukan inisiatif pembangunan sukan di seluruh negara. Program MHsports ini disediakan untuk KBS menawarkan faedah eksklusif kepada atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan yang berdaftar dan dibenarkan di bawah KBS.

Kerjasama ini juga akan menyaksikan penubuhan program pengiktirafan untuk memberi penghormatan kepada ahli sukan dan organisasi cemerlang yang disokong oleh Malaysia Airlines, yang menekankan komitmen dalam meraikan kecemerlangan sukan.

Turut hadir sama ke majlis, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.