MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PETRONAS LE TOUR de LANGKAWI 2024 (Bil. 1)

Bukit Jalil – Mesyuarat Jawatankuasa Induk PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 BIL 1 telah dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk LTdL 2024 bertempat di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil.

Hari ini, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Petronas Le Tour de Langkawi 2024, memohon pertimbangan kerjasama khususnya kepada Agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Negeri yang terlibat.

PETRONAS Le Tour de Langkawi edisi ke-28 akan membuka tirai secara rasminya bagi peringkat pertama di Dataran Lang, Pulau Langkawi pada 29 September 2024 ini. Pada tahun ini perlumbaan akan diakhiri di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober 2024. Laluan perlumbaan berjarak keseluruhan 1,191km meliputi 11 buah negeri dan perlumbaan akan dimeriahkan lagi oleh Pertandingan Sorakan Sekolah dan Sorakan Kampung (Voice of LTdL).