PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA-tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020404 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/012/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 22 APRIL 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 29 APRIL 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan): 03-89929946

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Lokasi Penapis><Harga Mesin Penapis Air><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>