Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 18, 2024

WKF KARATE 1 SERIES A – LARNACA 2024

13-19 Februari 2024

Larnaca, CYPRUS

18/2/2024

KATEGORI – Female Kumite (-50 Kg)

FINAL- EMAS

Shahmalarani Chandran ( 9 ) mendapat EMAS setelah menewaskan ( 5 ) Rodriguez_Loredo Eva (ESP)

Negeri Sembilan sedia RM8 juta hadapi Sukma 2024 di Sarawak

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM7 ke RM8 juta untuk menyediakan kontinjen bagi bersaing di temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor berkata, peruntukan itu merangkumi semua keperluan termasuk pembentukan pasukan setiap acara sukan, latihan dan insentif kepada pencapaian atlet selepas kejohanan.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Negeri Sembilan, berkata persiapan ke arah menghadapi temasya sukan terbesar itu sudah bermula sejak tahun lalu dan turut mendapat kerjasama baik daripada semua persatuan sukan negeri.

“Walaupun peruntukan RM7 hingga RM8 juta itu bukan yang terbesar berbanding sesetengah negeri lain, tapi setakat ini itulah usaha kita untuk melangkah lebih jauh.

“Malah, kita juga sudah kenal pasti beberapa acara sukan yang berpotensi menyumbang pingat emas antaranya acara menembak, wushu, badminton, olahraga dan beberapa acara lain,” katanya.

Menurut Mustapha, pihaknya akan menggunakan tempoh masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk mempersiapkan atlet dan memastikan mereka yang dipilih mencapai tahap terbaik sebelum turun ke gelanggang.-Harian Metro

Malaysia naib juara BATC 2024

IMPIAN skuad lelaki negara untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 tidak kesampaian setelah tewas kepada China 0-3 dalam aksi final di Shah Alam pada Ahad.

Sebelum turun ke gelanggang, pasukan negara menerima tamparan hebat apabila pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia tidak berada dalam senarai skuad akibat resdung dan tidak dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi.

Tanpa kelibat Zii Jia, pemain muda, Leong Jun Hao mengalas cabaran selaku perseorangan pertama menentang Weng Hong Yang dalam aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam itu.

Bagaimanapun tentangan sengit yang diberikan Jun Hao belum cukup untuk mengatasi cabaran Hong Yang apabila terpaksa akur tewas 19-21, 17-21.

“Berasa sukar apabila turun sebagai perseorangan pertama, namun saya perlu harunginya dan lakukan yang terbaik demi pasukan.

“Cuma berasa rugi ada buat kesilapan terutama ketika menuju ke mata penting,” katanya ketika ditemui media sejurus tamat permainan.

Beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi harapan untuk mengutip mata buat kem negara juga tidak kesampaian setelah kalah kepada Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 16-21, 21-16, 21-23.

Aaron mengakui sudah memberikan yang terbaik sambil melihat pasangan lawan tidak berada dalam tekanan yang tinggi.

“Saya rasa mereka main lagi bagus dan kurang tekanan.

“Saya sudah cuba, tapi tiada tuah,” katanya.

Wooi Yik pula tekad menjadikan kejohanan tersebut sebagai platform untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dengan memperbaiki sebarang kelemahan.

“Mungkin tekanan dan harapan yang tinggi mahu kami menang.

“Kami sedar dan memang menjadi tanggungjawab untuk beri kemenangan.

“Sudah cuba yang terbaik, namun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Ketinggalan dua mata tidak melemahkan semangat Eogene Ewe yang turun bertarung untuk permainan ketiga, namun cabaran yang diberikan pemain muda itu gagal mengatasi Lei Lan Xi yang menang 21-10, 21-14

Biarpun terpaksa berpuas hati bergelar naib juara, namun Malaysia sudah layak secara automatik ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China pada April depan.

Dalam edisi lalu di venue sama, Malaysia muncul juara setelah menumpaskan Indonesia 3-0.

Sementara itu, Team LZJ memaklumkan selepas aksi sengit menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto dalam saingan separuh akhir, kondisi resdung dan tahap pernafasan Zii Jia bertambah teruk.

“Team Zii Jia cuba mengembalikan tahap kecergasannya, tetapi tidak berjaya.

“Walaupun kecewa tidak dapat beraksi, namun percaya rakan sepasukan mampu mengalas cabaran dengan baik,” katanya.-Sinar

Jun Hao hanya tahu ganti Zii Jia jam 12 tengah hari

SHAH ALAM: Leong Jun Hao hanya mengetahui dia perlu menggalas tugas selaku perseorangan pertama skuad negara pada aksi final menentang China hari ini, empat jam sebelum perlawanan.

Bagaimanapun, bekas juara remaja Asia itu berkata dia tetap bersedia bagi memikul tanggungjawab besar itu memandangkan sudah tidak mempunyai pilihan.

“Memang agak sukar kerana turun sebagai perseorangan pertama. Saya memang sudah tahu perlu bermain cuma tidak tahu kedudukan untuk perlawanan hari ini.

“Saya hanya diberitahu hari ini pada jam 12 tengah hari. Saya hanya buat persiapan dan cuba untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Jun Hao terpaksa akur apabila tewas di tangan perseorangan pertama China, Weng Hong Yang 19-21, 17-21.

Di sebalik kekalahan itu, Jun Hao yang berada di ranking ke-38 berbanding lawannya ke-18, tetap memberi tentangan sengit sebelum terpaksa akur dengan kekalahan dalam tempoh 51 minit.

“Saya rasa agak sayang kerana melakukan kesilapan mudah ketika mata penting yang menyebabkan saya tewas dalam perlawanan ini,” katanya.

Juara Masters KL itu terpaksa menggalas tugas selaku perseorangan pertama selepas Lee Zii Jia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan, hari ini susulan mengalami masalah resdung.

Ketiadaan Zii Jia menyaksikan skuad negara mempertaruhkan Jun Hao, Eogene Ewe selaku perseorangan kedua manakala pemain beregu, Muhammad Haikal Nazri ketiga.

Sementara itu, Team LZJ (Zii Jia) dalam satu kenyataan memberitahu masalah resdung kembali menghantui bekas juara Seluruh England itu sekali gus menyukarkan dia untuk bernafas selepas aksi separuh akhir menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

“Zii Jia dan pasukan cuba untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya tetapi tidak berjaya.

“Walaupun kecewa tidak dapat bersaing bagi menyumbang mata kepada negara dalam perlawanan penentuan gelaran juara, Zii Jia percaya rakan sepasukan dapat memberikan kemenangan kepada Malaysia,” katanya.-Berita Harian

LAWATAN VENUE SERTA BENGKEL TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Lawatan Venue Pertandingan serta Bengkel Teknikal dan Pertandingan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan dan diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Zakeria Hattar, Ketua Sekretariat Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Bengkel tersebut dan lawatan juga turut dihadiri oleh Ketua Delegat Teknikal, Pengurus Pertandingan serta Pegawai-Pegawai sukan negeri.

Tujuan utama program ini diadakan untuk mengemaskini peraturan pertandingan, pengesahan 10 venue dan tarikh pertandingan, cadangan jumlah penglibatan pegawai serta keperluan peralatan teknikal.

Hadir bersama, Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair, Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Klasifikasi Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia