Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 15, 2024

Skuad hoki 5S terima durian runtuh RM96,000

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan. Hannah Yeoh menunaikan janjinya apabila meluluskan insentif kemenangan sebanyak RM96,000 kepada skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan.

Insentif itu sebagai imbuhan buat pasukan berkenaan yang muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia 5s, di Muscat, Oman, bermula 28-31 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam kenyataan ringkas menerusi media sosialnya hari ini, sambil mengucapkan terima kasih kepada Hannah dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas insentif itu.

Ketika menyambut kepulangan skuad kendalian Wallace Tan dari Muscat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 Februari, Hannah berkata skuad berkenaan mereka bakal menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM80,000.

Beliau berkata pihaknya juga akan membayar semula wang yang telah dibelanjakan KHM bagi kempen piala dunia itu.

Malaysia muncul naib juara edisi Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Oman.-Berita Harian

Faiz raih emas Para Dunia

Kuala Lumpur: Atlet olahraga para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (masalah koordinasi) apabila mencatatkan 56.84 saat (s) meninggalkan pesaing lain pada kejohanan berkenaan.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Andreas Beros dari Cyprus (58.14s) dan Antonio Kosmat dari Croatia (59.46s).

Dalam pada itu, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi turut menceriakan kem olahraga negara selepas meraih pingat perak bagi acara 400m T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan masa 50.16s

Emas acara itu dirangkul Yovanni Philippe dari Mauritius (49.84s) manakala gangsa diraih Columba Blango dari Britain (50.52s).

Sementara itu, atlet elit olahraga Eddy Bernard turut meraih kedudukan podium di kejohanan tersebut dengan meraih gangsa acara lompat jauh (T42/T44/T61), mencatatkan lompatan sejauh 6.42m.

Wakil Sri Lanka Indika Gamage meraih emas (6.62m) manakala wakil Rusia Dzmitry Bartashevich merangkul perak (6.50m).-Harian Metro

CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT MSN 2024

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah hadir ke Ceramah Israk Mikraj Peringkat MSN 2024 yang diadakan pada 15 Februari 2024 bertempat di Surau Al-Faizin, MSN.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad itu bertujuan untuk mengambil ibrah dan pengajaran sempena Peristiwa Israk dan Mikraj kepada pegawai, anggota serta warga sukan di MSN.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Ariffin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN.

Kriket ACC: Pemain wanita negara kena serangan panik

PADA ketika perlawanan sedang diraikan dengan kejayaan bagi kem kriket wanita negara dalam Piala Perdana Wanita (ACC) menewaskan Jepun, muncul tragedi ngeri.

Ia melibatkan pemain bernama Arianna Natasya apabila terkena serangan panik dalam aksi yang berlangsung di Bayuemas Oval, Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut pengurus pasukan, Vijayalingam Vythiyalingam, dia turut terkejut apabila suasana tiba-tiba bertukar tragedi buat pemain tersebut setelah Malaysia meraikan kejayaan itu.

“Atlet perlu mendapatkan minuman yang secukupnya untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

“Kami juga menyediakan khidmat fisioterapi dan jurulatih tapi kita hanya boleh mengetahui lanjut selepas pemeriksaan lanjut,” katanya di Nadi Arena malam tadi.

Sementara itu, Dr Veinoth mengesahkan bahawa Arianna mempunyai episod serangan panik dalam rekod perubatan sebelum ini dan telah diberikan ubatan bagi mengawal gejala tersebut berulang.

“Arianna memang ada mengambil ubat bagi mengurangkan tahap tekanan dan gemuruhnya.

“Kadangkala tekanan emosi dan fizikal boleh mengundang serangan panik.

“Dia juga mempunyai asma tetapi ia memerlukan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dia terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans setelah dikatakan tiba-tiba sesak nafas dan berada dalam keadaan sangat lemah.

Pasukan kriket wanita negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir bertemu Nepal hari ini setelah menundukkan Jepun dengan keputusan 101 larian dan tiga wicket dalam 20 over berbanding Jepun dengan 85 larian 7 wicket dalam 20 over. – Astro Arena

KEJOHANAN 15TH FAZZA DUBAI GRAND PRIX 2024 (7-16 FEB 2024)

Day 2 – 14 Feb 2024 (Rabu)

Men’s 400m (T38) – Format Minus one

Emas – Muhammad Faiz Haizat Rosdi (MAS/T38) – 56.84s

Perak – Andreas Beros (CYP/T38) – 58.14s

Rank 3 – Antonio Kosmat (CRO/T38) – 59.46s

Men’s 400m (T20)

Emas – Yovanni Philipe (MAU/T20) – 49.84s

Perak – Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (MAS/T20) – 50.16s

Gangsa – Columba Blango (GBR/T20) – 50.52s

Men’s Long Jump (Combine T42/T44/T61)

Emas – Indika Gamage (SRI/T44) – 6.62m

Perak – Dzmitry Bartashevich (RUS/T44) – 6.50m

Gangsa – Eddy Bernard (MAS/T44) – 6.42m

CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSNM PAGOH, JOHOR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Negeri Johor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2, Kategori CEPengkhususan C21 beralamat di Negeri Johor dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/001/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSNM PAGOH, JOHOR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT/11.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI KOMPLEKS SUKAN MSN PAGOH, JOHOR
TARIKH TUTUP : 29 FEBRUARI 2024 (KHAMIS) 
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman ini manakala harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan)                : 03-89929066

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)                       : 03-89929837

Muat Turun : <iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

MEMBEKAL DAN MEMASANG MESIN BASUH DAN PENGERING PAKAIAN DI KOMPLEKS MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

                                    020301 – Perkakas Elektrik Dan Aksesori

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/005/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : MEMBEKAL DAN MEMASANG MESIN BASUH DAN PENGERING PAKAIAN DI KOMPLEKS MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Shahrul Azman Zainin @ Adnan (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929831

Muat Turun : <iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia