Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives January 20, 2024

Witchcraft juara RLIR 2024

LANGKAWI: Perlumbaan Regatta Diraja Antarabangsa Langkawi (RLIR) 2024 melabuhkan tirai, di sini, hari ini dengan pasukan Witchcraft dari Hong Kong muncul juara baharu bagi kelas utama – Racing.

Sepanjang lima hari perlumbaan, pasukan dikemudi Nick Burns itu mendominasi 10 perlumbaan berturut-turut untuk pulang bersama trofi Cabaran Perdana Menteri ke bumi Hong Kong.

Aksi konsisten pasukan itu diteruskan pada kedua-dua perlumbaan yang berlangsung hari ini di perairan timur Langkawi bagi meletakkan mereka berada di puncak kedudukan keseluruhan dengan sembilan mata penalti.

Pasukan dari Kelab Perahu Layar Diraja Selangor (RSYC), The Next Facto diketuai Rolf Heemskerk muncul naib juara dengan 18 mata penalti manakala Uranus (Tentera Laut Diraja Malaysia, Hasani Hassan, 27 mata) ketiga.

Burns, 80, berkata dia sangat gembira dengan semua perlumbaan yang dipertandingkan, malah Witchcraft berjaya memulakan perlumbaan pertama hingga ke-10 dengan baik berikutan cuaca baik dan angin kencang.

“Ini adalah regatta terbaik dan memperoleh kejayaan pada awal tahun pasti memberi motivasi sepanjang tahun ini. Angin kencang dan bertindak pantas mengeksploitasi kelebihan itu menjadi rahsia kejayaan kami,” katanya di sini.

Pasukan RSYC Team diketuai Rizal Mahadi Sazili mengharumkan nama negara apabila muncul juara kelas Sportsboats selepas mengutip 11 mata penalti, mengatasi Navy 1 (Asmawi Azman, 20 mata) di tempat kedua.

Tempat ketiga untuk kelas perlumbaan itu menjadi milik pasukan Universiti Malaysia Terengganu 1 (UMT 1) diketuai Ku Anas Ku Zamil juga dengan catatan 20 mata.

Pada edisi ke-20 kali ini, sebanyak 32 bot membabitkan 240 pelayar dari seluruh dunia berentap merebut gelaran dalam enam kelas iaitu Racing, IRC1, IRC2, Super Boats, Multihull dan Club Class.-Berita Haarian

Speedy Tigers lepas geram belasah Chile

KUALA LUMPUR: Selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, skuad hoki lelaki negara menjadikan Chile sebagai mangsa untuk melepaskan geram apabila membelasah pasukan itu 5-0 dalam aksi klasifikasi kelima hingga kelapan pusingan kelayakan di Muscat, Oman, sebentar tadi.

Skuad Speedy Tigers bagaimanapun perlu menunggu sehingga babak kedua perlawanan bagi menjaringkan gol pertama menerusi Muhammad Razie Abd Rahim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-32.

Dua minit kemudian, Mohamad Ashran Hamsani meletakkan Malaysia selesa di depan hasil gol padang yang dijaringkannya sebelum Muhammad Marhan Mohd Jalil menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-41 untuk gol ketiga pasukan.

Malaysia semakin garang selepas itu apabila Norsyafiq Sumantri menjaringkan gol keempat buat pasukan pada minit ke-48 sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal melengkapkan kemenangan skuad negara dengan gol kelima menerusi penalti stroke yang diperoleh pada minit ke-60.

Skuad negara seterusnya akan berdepan Kanada bagi penentuan tempat kelima dan keenam, esok.

Di Valencia, Sepanyol, skuad wanita terpaksa akur apabila mengakhiri kempen pusingan kelayakan Sukan Olimpik di tempat tercorot apabila tewas 1-2 di tangan Ukraine pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad wanita pulang tanpa sebarang kemenangan apabila tewas semua tiga perlawanan peringkat Kumpulan B di tangan Sepanyol, Kanada dan Great Britain selain tewas kepada Korea Selatan pada aksi klasifikasi kelima hingga kelapan.-Berita Harian

Zii Jia janji terus kerja keras

KUALA LUMPUR: Tiada istilah berputus asa dalam kamus pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila dia berjanji akan terus bekerja keras untuk mencapai tahap prestasi terbaiknya.

Hasrat pemain ranking ke-10 dunia itu untuk merekodkan gelaran pertama musim ini tidak kesampaian apabila dia tewas di tangan wakil Jepun, Kodai Naraoka 21-13, 9-21, 16-21 pada aksi suku akhir Terbuka India di New Delhi, semalam.

Di sebalik kekalahan itu, Zii Jia bagaimanapun kekal positif apabila menyifatkan ia tetap permulaan yang baik buat dirinya untuk saingan musim ini jika dibandingkan tahun lalu.

“Ini adalah suku akhir pertama saya selepas dua kejohanan tahun ini. Ini adalah satu permulaan yang baik berbanding tahun lalu kerana suku akhir pertama saya adalah pada saingan Seluruh England yang mana mara sehingga separuh akhir.

“Sebelum itu saya tewas pusingan pertama dan kedua. Kini, apa yang saya perlu lakukan adalah terus bekerja keras dan tidak berputus asa,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejohanan pertama musim ini menyaksikan bekas juara Seluruh England itu terkandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Zii Jia akan meneruskan pemburuan gelaran juara pertamanya musim ini apabila dijadual menyertai saingan Masters Indonesia di Jakarta yang akan bermula Selasa ini.

Dia diundi bertemu pemain India, K Srikanth pada pusingan pertama dan jika menang dia akan berdepan sama ada pilihan kelima dari China, Shi Yu Qi atau Ng Ka Long dari Hong Kong yang kini dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Wong Choong Hann.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri daripada kejohanan di Jakarta itu selepas masih belum pulih daripada kecederaan otot tulang belakang yang dialaminya ketika pusingan pertama Terbuka Malaysia.- Berita Harian

Pearly-Thinaah cari jalan penyelesaian tingkat prestasi

DOHA: Kekalahan kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia di Stadium Jassim bin Hamad, malam tadi amat menyakitkan semua pihak terutama skuad Harimau Malaya dan seluruh penyokong.

Apa tidaknya, kekalahan itu hadir menerusi jaringan Ali Madan pada masa kecederaan selepas barisan pemain Harimau Malaya bertungkus lumus cuba mempertahankan pintu gol skuad negara.

Namun, apa lagi yang boleh diperkatakan selain perlu menerima hakikat bahawa perjuangan skuad bimbingan Kim Pan Gon di Qatar terhenti di peringkat kumpulan.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Gol lewat Bahrain ‘membunuh’ kami
Ini salah saya – Pan Gon
Ali Madan musnah harapan Harimau Malaya
Ultras Malaya mula ‘takluk’ Stadium Al Janoub
Penyokong Harimau Malaya ‘gegar’ Doha
FAM tunai impian Ridzwan di Qatar
Harimau Malaya terikat tanpa jaringan separuh masa pertama
Individu ‘kacau’ penyokong Harimau Malaya

Malah, paling utama semua pihak juga harus menerima hakikat bahawa itu sahaja tahap kualiti yang ada pada skuad Harimau Malaya yang mana layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama selepas 43 tahun.

Pan Gon sendiri mengakui bahawa dia harus menerima di mana tahap sebenar pasukannya sekarang ini selain memahami kesukaran pemain untuk bersaing di pentas tertinggi Asia buat kali pertama.

Jika melihat kepada statistik perlawanan dengan Bahrain, Harimau Malaya memiliki 34 peratus sahaja dari segi penguasaan bola dan melakukan empat percubaan dengan hanya satu percubaan tepat.

Ia jauh berbeza dengan Bahrain yang mempunyai 66 peratus penguasaan bola selain 13 percubaan termasuk tiga percubaan tepat.

Justeru, pasukan Bahrain sememangnya berhak memenangi perlawanan itu walaupun tidak dinafikan barisan pemain Harimau Malaya sudah memberikan segala-galanya yang mereka mampu sepanjang 90 minit.

Kekurangan pengalaman beraksi dalam kejohanan besar seperti Piala Asia dilihat membentuk jurang kualiti persembahan antara Harimau Malaya dengan pasukan lain terutama yang berada di ranking lebih tinggi.

Meskipun pernah berdepan pasukan ranking lebih tinggi dalam aksi persahabatan sebelum ini, namun harus diingat ia adalah dua pentas berbeza dan segala aspek lain termasuk dari segi tekanan juga tidak sama.

Kesilapannya adalah apabila ada yang meletakkan harapan terlKUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah percaya mereka akan kembali ke tahap prestasi terbaik di sebalik permulaan yang kurang memberangsangkan pada saingan musim ini.

Kelmarin, pasangan ranking ke-12 dunia itu ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua Terbuka India selepas tewas kepada gandingan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama 16-21, 13-21 di New Delhi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan mereka gagal untuk menyamai pencapaian edisi tahun lalu apabila mara sehingga separuh akhir.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Pearly-Thinaah terkandas di pusingan awal selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia, minggu lalu susulan kekalahan di tangan Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Di sebalik keputusan kurang memberangsangkan dalam dua kejohanan awal musim ini, Thinaah bagaimanapun menegaskan dia dan Pearly akan mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan semula prestasi dan tahap keyakinan mereka.

“Semua perkara pastinya ada jalan penyelesaian. Kami hanya perlu percaya dengan diri dan terus bekerja keras,” kata Thinaah.

Sementara itu, Pearly yang dihantui masalah kecederaan pada saingan musim lalu percaya keadaan fizikalnya kini lebih baik dan akan kembali pada tahap optimum.

“Saya belum berada pada tahap seperti yang saya mahukan buat masa sekarang tetapi ia di landasan tepat.

“Semuanya ok, saya hanya perlu terus berusaha untuk mengelak daripada kecederaan dan membina semula otot saya,” katanya.

Pearly-Thinaah mencapai prestasi terbaik mereka pada saingan 2022 apabila berjaya memenangi pingat emas Sukan Komanwel Birmingham dan menjuarai Terbuka Perancis.

Mereka seterusnya dijadual menyertai saingan Masters Indonesia yang bermula Selasa ini.ampau tinggi atau tidak realistik dengan tahap kualiti sebenar Harimau Malaya. -Berita Harian

2nd Nakhon Ratchasima International Para Athletics Thailand 2024 (18-20 Jan 2024)

Day 2

Men’s 400m T12/T11 (Akhir)

Emas: Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi (MAS) T12 – 54.36s (New PB) (Point 595)

Perak: Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (MAS) T12 – 54.85s (Point 556)

Gangsa: Saokham Siwabannakom (THA) T11 – 58.78s (Point 385)

BENGKEL PERANCANGAN PROGRAM KHAS (SEMENANJUNG)

Bengkel Perancangan Program Khas (Semenanjung) sedang berlangsung dari 19 hingga 21 Januari 2024 bertempat di D’Zing Janda Baik, Pahang.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari itu dihadiri seramai 85 peserta yang terdiri daripada Wakil BSKK KPM, SUA JPN, Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri serta Jurulatih Program bagi menyelaras dan merancang takwim program tahun 2024.

Sesi pembukaan dan halatuju program telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Bakat dan Pembangunan Sukan, Encik Mohd Safrushahar Yusoff.

Majlis Sukan Negara Malaysia