Kelantan pasti ke Sukma di Sarawak

GUA MUSANG — Persatuan Kriket Negeri Kelantan mengesahkan akan menghantar sebuah pasukan gagah ke temasya Sukma di Sarawak tahun 2024.

Pengesahan dibuat dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Gua Musang pada 16 Disember 2023.

Yang Dipertua Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali juga mengumumkan bajet terperinci kegiatan persatuan itu akan disediakan segera untuk membolehkan Majlis Sukan Negeri Kelantan dapat membantu dalam persediaan pasukan itu dan penyertaan Kelantan dalam pelbagai pertandingan kebangsaan kelak.

”Saya bersedia berjumpa dengan Pengarah MSN Negeri Kelantan untuk berbincang dan memberi keyakinan bahawa Kriket Kelantan tetap bertenaga dan sentiasa mengukir nama di peringkat kebangsaan,” kata Azmi.

Setiausaha baharunya, Muhamad Shafiey ditugaskan bersama penolong setiausaha Zul Aizat Ismail menyediakan persiapan belanjawan untuk dihantar segera kepada Penolong Pengarah MSN Negeri Kelantan, Nor Fadhilah Junkipili.

Kepemimpinan baharu Kriket Kelantan akan bermesyuarat 23 Disember 2023 akan turut sama mengharungi bajet 2024 di samping merangka semula kegiatan termasuk pertandingan-pertandingan peringkat negeri Kelantan dan memulihkan semula program pembangunan anak-anak Orang Asli.

Dalam pemilihan anggota majlis bagi musim 2023-2025, peguam ternama, Azmi kekal yang dipertua manakala Wan Mohd, Nasir Omar naik pangkat menjadi timbalan yang dipertua.

Pengerusi Teknik Kriket MSS Kelantan, Muhamad Shafiey menggantikan Sukeri Ibrahim sebagai setiausaha manakala Wan Ridhauddeen Rashid dipilih bendahari.

AHLI MAJLIS KRIKET KELANTAN 2023-2025

— BebasNews