Majlis Sukan Negara Malaysia
Beregu Campuran Saingan Kumpulan D

Aksi kedua beregu campuran, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei dalam kumpulan D.

Tan Jie-Ee Wei menang straight set ke atas Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22.

Syabas dan tahniah💪

Saringan Acara 100 Meter Kuak Dada Wanita

Aksi perenang negara, Tan Rouxin ketika saringan acara 100 meter kuak dada wanita.

Rouxin catat 1 minit 12.50 saat untuk kedudukan ke 33 keseluruhan dan gagal menempah slot separuh akhir.

Comeback stronger💪

Memanah Saingan Recurve Berpasukan Wanita Pusingan 1/8

Aksi atlet memanah negara ketika saingan recurve berpasukan wanita pusingan 1/8.

Kem memanah negara tewas 3-5 kepada pasukan Indonesia sekaligus gagal ke peringkat seterusnya.

Comeback stronger💪

Perseorangan Perlawanan Kumpulan G

Aksi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam perlawanan Kumpulan G.

Zii Jia buka kempen saingan kumpulan dengan kemenangan straight set ke atas Viren Nettasinghe dari Sri Lanka, 21-14, 21-12.

Beregu Lelaki Saingan Kedua Kumpulan A

Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika menentang lawan dari Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura.

Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah catat kemenangan kedua Kumpulan A, 21-10, 21-15.

Syabas dan tahniah💪

Beregu Wanita Perlawanan Kedua Kumpulan A

Aksi beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah pada perlawanan kedua Kumpulan Kumpulan A.

Pasangan negara mempamer aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan pertama kumpulan dengan menewaskan pasangan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21, 21-15, 21-16.

Syabas dan tahniah💪

Beregu Wanita Saingan Kumpulan A

Aksi pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah ketika berdepan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China dalam kumpulan A.

Pearly-Thinaah memberi tentangan sengit sebelum tewas 17-21, 20-22.

Beregu Lelaki Saingan kumpulan A

Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika berdepan Ben Lane-Sean Vendy dari Great Britain dalam saingan Kumpulan A.

Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama kumpulan A, 19-21, 21-16, 21-11.

Acara 400 Meter Gaya Bebas Lelaki

Aksi atlet renang negara, Khiew Hoe Yean dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik La Defense Arena.

Catatan 3 minit 51.66 saat yang dilakukan pada saringan kedua gagal untuk menempatkan beliau ke peringkat akhir.

Comeback stronger!

Kelayakan Acara 10M Air Pistol Lelaki

Aksi atlet menembak negara, Johnathan Wong pada saingan kelayakan acara 10M Air Pistol Lelaki yang berlangsung di Chateuroux Shooting Arena.

Johnathan mengumpul 570 mata untuk kedudukan ke 26 daripada 33 atlet keseluruhan sekaligus gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Comeback stronger💪

Majlis Sukan Negara Malaysia