Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI TOWNHALL: HALA TUJU SUKAN BERBASIKAL PROGRAM PEMBANGUNAN NEGERI

Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini menganjurkan Sesi Townhall – Hala Tuju Sukan Berbasikal Program Pembangunan Negeri yang menghimpunkan pelbagai pemegang taruh sukan berbasikal negara bagi membincangkan aspek pembangunan atlet serta penyelarasan program di peringkat negeri dan kebangsaan.

Sesi yang berlangsung di Dewan Banquet, Casa 4, MSN itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, turut menampilkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), YBhg. Dato’ Amarjit Singh Gill, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN, Encik Mohd Sofian Hamzah serta Pengarah Teknikal Sukan Berbasikal, Mr. John Beasley sebagai panel utama.

Townhall kali ini memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan ekosistem pembangunan sukan berbasikal menerusi kerjasama lebih erat antara MSN, PKBM dan Majlis Sukan Negeri di samping menjadi platform berkongsi pandangan, maklum balas serta cabaran yang dihadapi di peringkat negeri bagi memastikan kesinambungan program pembangunan atlet dilaksanakan secara lebih tersusun dan bersepadu.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BELIA, KEMAJUAN SUKAN DAN EKONOMI KREATIF SABAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Kunjungan hormat Delegasi Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah ke Majlis Sukan Negara hari ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju pembangunan sukan negara.

Delegasi yang diketuai YB. Datuk Haji Nizam Dsp Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YB. Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YBrs. Encik Adanan Atin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; YBrs. Encik Mohd Asineh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah bersama barisan kepimpinan disambut oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin.

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa pembangunan atlet dari peringkat akar umbi, memperkukuh penglibatan atlet di negeri, serta memperluas penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan daya saing atlet negara di pentas serantau dan global.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN, YBrs. Encik Mohd Sofian Hamzah; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan MSN, YBrs. Puan Puah Pei Ling; Pengarah Bahagian Atlet MSN, YBrs. Encik Mohd Zaim Yusof, Pengarah Bahagian Para MSN, YBrs. Encik Shukri Harun dan Pengarah Bahagian Bakat, YBrs. Encik Mohd Yazid Shoib.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA ROAD TO GOLD (RTG) BIL 1/2026

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang diadakan buat kali pertama pada tahun ini bagi memuktamadkan senarai atlet RTG dan Fast Track untuk tahun 2026.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan senarai atlet bagi program RTG dan Fast Track untuk tahun 2026: 

SENARAI ATLET ROAD TO GOLD 2026 :

1. Aaron Chia (Badminton) 

2. Soh Wooi Yik (Badminton) 

3. Man Wei Chong (Badminton)

4. Tee Kai Wun (Badminton) 

5. Goh Sze Fei (Badminton – PRO) 

6. Nur Izzuddin Rumsani (Badminton – PRO)

7. Pearly Tan (Badminton) 

8. Thinaah Muralitharan (Badminton) 

9. Chen Tang Jie (Badminton) 

10. Toh Ee Wei (Badminton) 

11. Mohd Aniq Kasdan (Angkat Berat) 

12. Muhammad Aznil Bidin (Angkat Berat) 

13. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal)

14. Ng Eain Yow (Squasy) 

15. Sivasangari Subramaniam (Squasy)

SENARAI ATLET FAST TRACK 2026 :

1. Ariana Nur Dania (Memanah – Berpasukan) 

  1. Syaqiera Mashayikh (Memanah – Berpasukan) 
  2. Nurul Azreena Fazil (Memanah – Berpasukan) 
  3. Nurul Izzah Izzati (Berbasikal)

Mesyuarat turut  memutuskan mulai tahun ini, RTG akan menjadi program sepenuh masa, berbanding sebelum ini yang merupakan program ‘top-up’. Elemen-elemen program penuh ini termasuk elaun prestasi, elaun RTG, gaji jurulatih, pendedahan pertandingan, pengurusan pusat latihan khusus, program pembangunan, perkhidmatan sokongan berdedikasi dan sokongan sains & sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
CHEN TANG JIE – TOH EE WEI DINOBAT SELAKU OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI ASN 2025

Jaguh badminton beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencipta detik gemilang apabila masing-masing ditabal selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025.

Atlet para berbasikal negara, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin, dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan manakala bagi kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, anugerah menjadi milik atlet para renang negara, Lim Carmen.

Penyampaian empat anugerah utama itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan Anugerah Kepimpinan Sukan kepada Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

Turut hadir menyampaikan anugerah, Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol.

SENARAI PEMENANG ASN 2025

Olahragawan Kebangsaan

–       Chen Tang Jie (Badminton)

Olahragawati Kebangsaan

–       Toh Ee Wei (Badminton)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan

–       Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin (Para Berbasikal)

Olahragawati Parlimpik Kebangsaan

–       Lim Carmen (Para Renang)

Pasukan Lelaki Kebangsaan

–       Sepak Takraw

Pasukan Wanita Kebangsaan

–       Wushu (Duilian)

Tan Cheong Min

Pang Pui Yee

Lee Jia Rong

Jurulatih Lelaki Kebangsaan

–       Ahmad Jais Baharun (Sepak Takraw)

Jurulatih Wanita Kebangsaan

–       Nor Hamizah Abu Hassan (Pencak Silat)

Anugerah Khas

–       Allahyarham Datuk Hishamuddin Aun

–       Kelab Renang Ikan Bilis

–       Petronas

Anugerah Kepimpinan Sukan

–       Datuk Mohd Sumali Reduan (Sepak Takraw)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERASMIAN KEM FASA 1 SUKAN PARA ASEAN 2027

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol merasmikan Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Kem 3 hari bermula 11 hingga 13 Mei 2026 ini melibatkan 190 atlet Program Podium, Pelapis dan Berfasa daripada 18 jenis sukan.

Kem Fasa 1 ini memberi penekanan kepada ketahanan mental, disiplin, semangat berpasukan, integriti dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan atlet para negara melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Akademi Kenegaraan.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia , YBhg. Dato’ Sri Megat D.Shahriman Dato’ Zaharuddin; Ketua Sektor Pengurusan Psikoligi dan Kaunseling Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Kolonel Siti Normiah Marzuki dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, YBrs. Dr. Yeo Wee Kian.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 yang telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan.

Pemilihan adalah berdasarkan pencapaian cemerlang tahunan oleh atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air sepanjang tahun 2025.

ASN mempertandingkan 11 kategori iaitu Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Khas, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Tokoh Sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL SEMAKAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) BAGI SUKU PERTAMA TAHUN 2026

Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Semakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi suku pertama tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.

Bengkel sehari yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN diadakan bagi tujuan pembentangan status pencapaian terkini semua Bahagian dan Sekretariat MSN bagi bulan Januari hingga Mac 2026. KP MSN menerusi ucaptamanya turut menyatakan kepentingan pemantauan prestasi secara berterusan bagi memastikan sasaran strategik organisasi dapat dicapai.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TERTINGGI SUKMA 2026

Menteri Belia dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan.

Mesyuarat yang menghimpunkan wakil Exco setiap negeri ini membentangkan status terkini persiapan temasya, termasuk langkah penjimatan yang akan dilaksanakan oleh tuan rumah, Selangor menjelang temasya dwitahunan yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.

Turut berlangsung, majlis undian sukan berpasukan bagi sukan bola sepak dan kriket.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN KERJA RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Majlis Sukan Negara.

Ketibaan beliau di sambut Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin bersama pengurusan tertinggi MSN sebelum dibawa melawat galeri MSN.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat bersama MPT MSN dan seterusnya sesi amanat bersama warga MSN.

Dalam ucapan beliau, penekanan diberikan kepada peranan MSN sebagai pemain utama dalam memacu sukan berprestasi tinggi selain berharap warga MSN dapat menjadi ‘aset’ kepada jabatan melalui amalan integriti yang tinggi.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI LAWATAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT LATIHAN TAEKWONDO, KARATE DAN MENEMBAK

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr Mohammed Taufiq Johari, mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Taekwondo, Karate dan Menembak di Bukit Jalil bagi meninjau perkembangan semasa atlet negara, di samping melihat sendiri tahap kemudahan latihan yang disediakan.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. En. Jefri Ngadirin, sebelum lawatan diteruskan dengan sesi taklimat oleh barisan jurulatih pasukan serta demonstrasi oleh para atlet.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, En. Mohd Sofian Hamzah dan Pengarah Bahagian Atlet, En. Mohd Zaim Yusof.