Majlis Sukan Negara Malaysia

Blog

Aaron-Wooi Yik puji sentuhan ‘pawang’ Herry IP, tamat penantian 17 Tahun rangkul juara Terbuka Singapura

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kehadiran jurulatih dari Indonesia, Herry Iman Pierngadi umpama ‘pawang’ yang mempunyai mantra sakti sehingga berjaya membawa mereka ke puncak prestasi ketika ini.

Jelas Wooi Yik, sentuhan magis daripada Herry memberi impak yang sangat besar dalam permainan sehingga menjadikan mereka antara gandingan terbaik setakat ini dengan pelbagai corak permainan agresif, termasuk mara ke final sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Saya rasa sangat istimewa. Sejak dia (Herry) datang, dia banyak membuka gaya permainan kami. Namun, saya dan Aaron sudah mempunyai asas serta pengalaman di dalam gelanggang. Dia menambah idea serta teknik yang diperlukan untuk meningkatkan permainan kami.

“Bagi saya, itu sangat ‘world class’. Namun, kami masih ada banyak lagi yang perlu ditingkatkan dan dipelajari bagi menghadapi kejohanan akan datang. Saya harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya mengenai aksi menentang pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, di final semalam, Wooi Yik menyatakan mereka cuba menyesuaikan diri dengan pergerakan angin selain cuba menguasai bahagian depan gelanggang.

“Saya rasa angin di sini agak kuat dan kami banyak mendominasi di bahagian depan terutama tiga pukulan utama. Siapa yang lebih baik bermain bahagian depan, dia akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan mata.

“Jadi, dari situ kami kurangkan segala kesilapan untuk mengatasi mereka dan perkara itu berjaya kami lakukan dengan sangat baik,” katanya.

Sementara itu, Aaron melihat mereka sangat yakin dalam perlawanan akhir itu dan berjaya mendapatkan momentum sebelum mengekalkan rentak sehingga ke set penentuan.

“Pada set pertama itu, walaupun kami kalah dengan mata yang sengit, kami tetap ada keyakinan kerana kami tahu permainan yang kami tunjukkan masih bagus dan tepat. Jadi, pada set kedua dan ketiga, kami kekal dengan strategi yang sama sehingga meraih kemenangan,” katanya.

Terdahulu, Aaron-Wooi Yik meneruskan mimpi indah mereka apabila muncul juara Terbuka Singapura selepas menewaskan Won Ho-Seung Jae 15-21, 21-18, 21-19 dalam pertarungan selama 65 minit untuk merangkul gelaran kedua dalam tempoh tiga minggu.

Meskipun berdepan gandingan Korea yang sangat konsisten musim ini, namun corak permainan agresif dan pantas dengan serangan laju ternyata menyukarkan lawan bagi membalas setiap pukulan wakil negara itu sekali gus menamatkan penantian selama 17 tahun untuk muncul juara di kejohanan berkenaan.

1st NUSANTARA CHAMPIONSHIP SINGAPORE 2025

26 Mei – 2 Jun 2025

SILAT SENI

Event: Ganda Men

Athlete : Muhammad Danial Azray Noorazizan / Muhammad Danial Azrol Noorazizan

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event : Regu Women

Athlete : Situ Nur Khairunnisa Hail/

Nur Haizatul Farisha Norashid/ Asma Mohd Nazri

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

Event : Ganda Women

Athlete : Nur Shahida Mohd Sharim/ Nur Sarafana Hikma Jailani

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

SILAT OLAHRAGA

Event : Class D Men (55-60kg)

Athlete : Muhammad Izzul Irfan

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ(THAI)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

Event : Class E Men (65-70kg)

Athlete : Muhamad Helmi

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ (INA)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event : Class B Women (55-60kg)

Athlete : Nor Farah Mazlan

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ(INA)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ(THA)

Event : Class A Men (45-50kg)

Athlete : Muhammad Amirul Hakim Jaafar (Berfasa)

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ(INA)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ(THA)

Event : Class G Men (75-80kg)

Athlete : Afiq Aniq Fazly

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ (INA)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

1st NUSANTARA CHAMPIONSHIP SINGAPORE 2025

26 Mei – 2 Jun 2025

SILAT SENI

Event : Tunggal Men

Athlete : Muhammad Khairul Shaddad Ardi

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ (SGP)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ (THA)

Event : Tungal Women

Athlete : Nur Syafiqah Hamzah

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ(BRU)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event : Regu Men

Athlete : Muhammad Syafiq/Mohd Juned/Saazlan Yuga

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ(THA)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

SILAT OLAHRAGA

Event : Class BB 1 Men (95-110kg)

Athlete : Mohamad Firdaus Latib

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event : Class E Female (65-70kg)

Athlete : Nor Ainun Mokhtar

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event :Class B Male (50-55kg)

Athlete : Muhammad Khairi Adib

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

Event : Class H Male (80-85kg)

Athlete : Mohd Abdul Latif Maxzakir

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ(SGP)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ(MAS)

KEM BAKAT OLIMPIK TAEKWONDO KEBANGSAAN SIRI 1/2025

Kem Bakat Olimpik bagi Sukan Taekwondo Siri 1/2025 sedang berlangsung pada 30 Mei hingga 5 Jun 2025 bertempat di Ar Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kem latihan ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang atlet, 14 jurulatih dan 5 orang panel pakar, sebagai sebahagian daripada persediaan intensif menjelang Kejohanan Kadet & Junior Asia 2025 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Julai nanti.

Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet muda negara di peringkat antarabangsa serta menyokong hala tuju pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.

26th ASIAN ATHLETICS CHAMPIONSHIP GUMI 2025

Tarikh : 27-31 Mei 2025

Tempat : Gumi, Korea Selatan

DISCUSS THROW MEN

Gold : CHN – 63.47m

Silver : JPN – 60.38

Bronze : Irfan Shamsudin (MAS) – 58.82

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung pada 26โ€“28 Mei 2025 di Dewan Kuliah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar UMS telah menyertai kursus ini bagi memperkukuh ilmu dalam bidang pengurusan sukan.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, bersama barisan panel serta wakil UMS.

KUNJUNG HORMAT EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan sukan di negeri Johor serta mempelajari struktur tadbir urus sukan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Delegasi Johor telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para, Encik Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN.

Turut hadir mengiringi YB EXCO ialah YBhg. Datoโ€™ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

PENYEWAAN KIOSK DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar sekitar Kuala Lumpur Dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221506 โ€“ PENYEWAAN (BANGUNAN/PEJABAT/STOR/RUANG NIAGA/RUMAH KEDIAMAN)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/028/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PENYEWAAN KIOSK DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 27 MEI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 3 JUN 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929946

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

LANTIKAN KONSULTAN BAGI PERKHIDMATAN PENGURUSAN KONVOI ASEAN LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221104 – TENAGA BURUH
221305 โ€“ PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKKAN, TAMAN HIBURAN DAN KARNIVAL/PESTARIA
221503 – KENDERAAN/JENTERA/KENDERAAN REKREASI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/023/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : LANTIKAN KONSULTAN BAGI PERKHIDMATAN PENGURUSAN KONVOI ASEAN LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2025
TARIKH BUKA : 28 MEI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 5 JUN 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Orissa Baharum (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN DAPUR DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

220503 โ€“ PERKAKASAN/SISTEM ELEKTRIK

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/025/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN DAPUR DI AKADEMI BOLA SEPAK MOKHTAR DAHARI, GAMBANG, PAHANG
TARIKH BUKA : 27 MEI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 4 JUN 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Cik Azira Zainuddin (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929713

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Majlis Sukan Negara Malaysia