TAKLIMAT RFP PERKHIDMATAN MENGURUS DAN MENDAPATKAN TAJAAN (SPONSORSHIP CANVASSER) UNTUK TEMASYA SUKAN SEA KE-34 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-14 MALAYSIA 2027 YANG DIJADUALKAN PADA 30 MAC 2026 DITANGGUHKAN.
SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

Mesyuarat Pertindihan Atlet Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 telah berlangsung pada di Casa 4, MSN dengan kehadiran seramai 50 wakil dari 14 negeri terlibat.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, bagi membincangkan dan membuat keputusan terhadap kes pertindihan atlet yang didaftarkan oleh dua negeri.
Secara keseluruhan, sebanyak 124 kes pertindihan atlet melibatkan pelbagai negeri telah diteliti bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara telus, adil dan berintegriti menjelang temasya SUKMA 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.
[BAGI PIHAK SEKRETARIAT MALAYSIA SEA GAMES ORGANISING COMMITTEE (MASOC 2027)]

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai RFP berikut:

Bahagian Kewangan: Redzuanida (03-8992 9987) atau
email kepada sarah.masoc@kbs.gov.my
Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, seramai 33 atlet kebangsaan daripada pelbagai jenis sukan menyertai Program Jelajah Sahur Bersama Team Juara yang berlangsung pada awal pagi 17 Mac 2026.
Program anjuran Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) ini menghimpunkan wira dan wirawati negara daripada sukan Sepak Takraw, Angkat Berat, Tenpin Boling, Menembak, Olahraga serta atlet Para, yang secara sukarela turun padang menyantuni masyarakat.
Konvoi Team Juara mengunjungi empat pusat jagaan warga emas dan OKU sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi, termasuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Pusat Jagaan Siti Nor Aini, serta Pusat Jagaan Orang Tua Darul Insyirah.
Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN, Encik Mohd Sofian Hamzah, bersama Pengarah Bahagian Atlet Encik Mohd Zaim Yusof, Ketua Sekretariat MACE Puan Nurehsan Hassan, serta Pemangku Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Encik Rozaki Zakaria.
Melalui pengagihan juadah sahur serta sumbangan kepada lebih 260 penghuni pusat jagaan, program ini membuktikan bahawa atlet negara bukan sahaja berjuang di arena sukan, tetapi turut berkongsi nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat Ramadan bersama masyarakat.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 Jabatan Pertanian Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-
220901– KAWALAN SERANGGAN PEROSAK/ANTI TERMITE

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat turun di laman ini manakala dokumen sebut harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
Majlis Sukan Negara menganjurkan Majlis Berbuka Puasa MSN 2026 yang menghimpunkan warga sukan negara dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan sempena Ramadan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, yang meluangkan masa bersama atlet, pegawai serta komuniti sukan negara bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sukan.
Pada majlis yang sama, Ajinomoto Malaysia Berhad turut menaja sajian berbuka puasa sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan negara.
Majlis turut diserikan dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hasil kerjasama Fraser & Neave Holdings Berhad, bersama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, dengan penyampaian sumbangan kepada bekas atlet negara bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
Turut hadir pada majlis tersebut termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Timbalan Ketua Setiuasaha (Pengurusan) Kementerian Belia Dan Sukan, YBrs. Tuan Haji Abdullah Hassan; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Megat D Shahriman Dato’ Zaharuddin.
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1, Kategori CE – Pengkhususan CE21 berdaftar di Negeri Sembilan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Lembaga Pembangunan Industri & Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 dan Kategori CE – Pembinaan Kejuruteraan Awam dibawah Kod CE21 – (Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

Akuan Pembida, dokumen sebut harga dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
020401- PERALATAN DAN KERKAKASAN DOMESTIK

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah:

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En Azrul Fahmi Azizul (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929058
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
020601- ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)