Majlis Sukan Negara Malaysia

Blog

Stadium Sultan Ibrahim ganti Stadium Nasional?

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah ada pelan B sekiranya padang Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak bersedia untuk aksi menentang Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Ia susulan keadaan padang di gelanggang keramat Harimau Malaya itu masih belum dapat dipastikan selepas ia digunakan untuk konsert konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran, kelmarin.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihaknya akan membuat lawatan ke Stadium Nasional pada awal bulan depan sebelum membuat keputusan sama ada aksi menentang Oman, 26 Mac depan dapat berlangsung di gelanggang terbabit atau sebaliknya.

Beliau berkata, FAM akan mengadakan aksi itu di gelanggang lain sekiranya padang Stadium Nasional tidak berada pada tahap terbaik.

Katanya, antara pilihan gelanggang lain termasuk gelanggang rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

“Kami akan melawat Stadium Nasional pada awal Mac untuk melihat sendiri keadaan padang. Jika keadaan tak bagus, kita akan pergi tempat lain. Kita kena tengok dulu walaupun PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) maklumkan mengenai langkah untuk memastikan padang dalam keadaan baik.

“Namun, yang pentingnya pada awal Mac kita akan tengok sama ada ia boleh digunakan untuk perlawanan 26 Mac menentang Oman atau tidak. Saya berasa kalau Bukit Jalil tak bagus, mungkin (akan main di) Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya belum maklumkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim lagi. Kalau tak dapat, Terengganu, itu antara yang terbaik kerana Kim Pan Gon nak kualiti padang yang bagus,” katanya ketika ditemui selepas sesi Towh Hall bola sepak wanita FAM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Stadium Nasional dilaporkan akan digunakan untuk konsert Ed Sheeran dan ia mencetuskan kerisauan mengenai keadaan padang di stadium terbabit yang menjelang aksi menentang Oman.

PSM dalam kenyataan bagaimanapun menjelaskan, langkah awal sudah dilakukan termasuk memindahkan rumput seluas 1900m2 dan ia diberi jagaan intensif termasuk pengairan serta pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.-Berita Harian

11TH ASIAN AGE GROUP CHAMPIONSHIP

New Clark City, Filipina

26 Feb – 2 Mac 2024

Diving

Day 1- Competition

Event: 1m Springboard (B) Group C (12-13)

Stage: Final

Result

Gold – Donald Chin (MAS) 274.40

Silver – Iran 270.70

Bronze – Vietnam 254.05

Event: 3m Sync (G) Group AB (14-18)

Stage: Final

Result

Gold – Dayang / Lee Yiat Qing (MAS) 197.34

Silver – Kazakhstan 187.30

Bronze – Vietnam 178.26

ASIAN TRACK CYCLING CHAMPIONSHIPS & ASIAN TRACK JUNIOR CYCLING CHAMPIONS

21 – 26 February 2024

New Delhi India 🇮🇳

26 Feb 2024

Keputusan Peringkat Akhir – Women Elite 500m

🥇🇲🇾 – Nurul Izzah Izzati – 34.338

🥈🇰🇷 – Hwang – 34.802

🥉🇨🇳 – Lou Shun – 33.955

Kedudukan Akhir – Women Junior Elimination

🥇🇹🇼 – Huang Wen Xin

🥈🇲🇾 – Intan Nur Idrisha

🥉🇰🇿 – Dinara Kopzhasarova

CHEF DE MISSION SUKAN OLIMPIK PARIS 2024 BERTEMU ATLET PELAYARAN

Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2o24, Datuk Hamidin Mohd Amin turut berkesempatan bertemu atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohd Latif.

Nur Shazrin baru tiba di ibu negara selepas menyertai Kejohanan ILCA Senior European Championship di Athens, Greece.

Shazrin layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas memenangi pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022.

LAWATAN CHEF DE MISSION SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan atlet memanah, Ariana Nur Diana Mohad Zairi di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara Nilai hari ini.

Pada lawatan tersebut, Datuk Hamidin meluangkan masa hampir sejam meninjau sesi latihan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai persiapan Ariana ke arah Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijangka berlangsung pada Julai depan.

Ariana layak ke Paris secara merit selepas memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok Thailand pada November tahun lalu.

Nurelfira cipta sensasi di Australia

Kuala Lumpur: Atlet muda dari Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf mencipta sensasi apabila muncul juara dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun (B-14) dalam kejohanan ‘WA State Track & Field Championship 2024’ di Australia semalam.

Kejohanan berkenaan yang berlangsung di Stadium WA Athletics itu menyaksikan atlet cilik itu berjaya melakukan larian pantas melakukan catatan rasmi 13.10saat (s).

Meskipun melakukan catatan masa lebih baik dari atlet tuan rumah namun Nurelfira Umaira terpaksa berkongsi kedudukan pertama dengan Zoe Daby biarpun catatan masa dia 13.11s.

Lebih membanggakan, pelajar dari Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau, Sabah itu turut muncul selaku pelari terpantas ketika aksi saringan pertama dengan catatan 13.43s untuk mengalahkan lima lari atlet tuan rumah sekaligus gus membawa dirinya ke pentas final.

Dalam acara yang sama itu, tempat kedua menjadi milik Aaliyah Garbin dengan catatan masa 13.26s sementara Miia Velthuysen yang melakukan 13.69s berada muncul pemegang nombor tiga. Kedua-dua peserta berkenaan dari Australia.

Sebelum itu, Nurelfira Umaira turut cemerlang apabila berjaya mengukir nama dalam acara 200m lari berpagar dengan catatan 29.93a untuk berkongsi kedudukan kedua bersama atlet tuan rumah, Aleeah Pike selepas mencatat masa yang sama.

Menurut ketua Jurulatih Dzulfikar Awang Anak, beliau melihat tiada apa yang mustahil untuk seseorang itu mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Semua ini sebab boleh, kita mesti boleh bawa balik pingat dan semua ini tiada yang mustahil. Syukur kita berjaya meraih pingat emas dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun.

“Dari segi latihan, kita mengadakan latihan sepanjang tahun di SK Pasir Putih Tawau dan Stadium Tawau manakala latihan selama seminggu sebelum berlepas di Perth telah diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil daripada 10 hingga 18 Februari lalu.

“Nurelfira dilatih dibawah kendalian coach Karim Batjo bersama saya sendiri, syukur ini adalah kejayaan yang membanggakan, “katanya.

Selain Nurelfira Umaira, terdapat dua lagi atlet dari Sabah iaitu Mohammad Syahzwan Willian dan Randy Ryann Samson turut cemerlang apabila berjaya memenangi pingat emas dalam lontar peluru serta lompat kijang lelaki B-15.-Harian Metro

Beasley tak terkejut Nurul Izzah, Anis raih pingat

KUALA LUMPUR: Kejayaan dua pelumba wanita negara meraih pingat emas dan gangsa bagi acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India semalam bukanlah pencapaian yang mengejutkan.

Ini kerana Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley sudah meramalkan perkara itu dan ’tilikan’ Beasley ‘mengena’ apabila Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menggondol pingat emas manakala Anis Amira Rosdi meraih gangsa.

Perkembangan itu jelas menggembirakan Beasley yang mengakui Nurul Izzah masih boleh ‘meletup’ selepas pelumba berusia 21 tahun itu berjaya menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin wanita di ACC.

“Izzah memperagakan prestasi yang mantap dan kita sememangnya menjangkakan dapat memenangi keirin kerana kedua-dua pelumba wanita kita berada dalam prestasi yang terbaik.

“Ini satu langkah yang hebat dalam perkembangan yang ditunjukkan Izzah dan banyak lagi yang boleh diberikan olehnya.

“Anis juga menunjukkan persembahan yang sangat baik untuk memenangi gangsa, jadi saya sangat berbangga dengan kedua-dua mereka,” kata Beasley.

Terdahulu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan dirinya layak bergelar ‘The Pocket Rocketwoman’ selepas memenangi pingat emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India.

Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Indira Gandhi itu, Nurul Izzah mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjadi pelumba pertama yang melintasi garisan penamat.

Dia mengatasi pencabar terdekatnya dari China, Tong Meng Qi yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala gangsa acara itu menjadi milik seorang lagi pelumba negara, Anis Amira Rosidi.-Berita Harian

KEJOHANAN 12TH ASIAN TRACK PARA CYCLING CHAMPIONSHIPS, NEW DELHI

Tarikh : 21 – 26 Februari 2024

Tempat : New Delhi, India

Keputusan :

Hari Kelima (25/2/2024)

Acara : Tandem Sprint 200m TT (Final)

Kat : WB

Keputusan :

Emas : Azlia /Farina (MAS)

Perak : Suraiya/Suhada (MAS)

Gangsa : Watcharobon/Kanyarat (THA)

Acara : Tandem Sprint 200m TT (Final)

Kat : MB

Keputusan :

Emas : Ahmad Ahlami / Khairul Adha – (Jurumudi) (MAS)

Perak : Khairul Hazwan / Muhd Arfy (jurumudi) (MAS)

ASIAN TRACK CYCLING CHAMPIONSHIPS & ASIAN TRACK JUNIOR CYCLING CHAMPIONS

21 – 26 February 2024

New Delhi India 🇮🇳

25 Feb 2024

Keputusan Semasa

Final 1-6

🥇🇲🇾 Nurul Izzah Izati

🥈🇨🇳 Tong Mengqi

🥉🇲🇾 Anis Amira Rosidi

Ariana mahu ‘berguru’ di Korea

NILAI: Atlet memanah recurve negara Ariana Nur Dania Mohamad Zairi mahu ‘berkampung’ di Korea Selatan, bagi melakukan persediaan terbaik sebelum menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos.

Pemanah berusia 19 tahun yang akan membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu berkata pendedahan berlatih di luar negara amat penting baginya, memandangkan beliau hanya pernah beraksi sebanyak dua kali di luar negara iaitu di Thailand dan Ireland.

Walaupun mengakui agak gementar untuk berlatih di Korea Selatan, Ariana Nur Dania berkata ia adalah pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang atlet, sekiranya mahu membuahkan hasil buat Malaysia di persada antarabangsa.

“Kita berbincang (bersama Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin) mengenai latihan di luar negara (Korea Selatan) sebelum ke Paris, kerana bagi saya sukan memanah nombor satu di Korea Selatan, selain pendedahan di luar negara sangat penting bagi saya. Respons beliau sangat positif (namun masih menunggu keputusan).

“Ritma mereka (atlet Korea Selatan) sangat baik semasa membuat panahan dan cara mereka mengawal emosi sangat tenang. Sesetengah (pemanah) mungkin agak gelabah, namun cara atlet Korea Selatan sangat baik,” katanya selepas menerima kunjungan Hamidin di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Pertemuan itu juga membincangkan keperluan pelajar Kejuruteraan Mekanikal di German-Malaysian Institute (GMI), Selangor itu untuk membawa peralatan memanah tambahan ke Paris, sebagai persediaan menghadapi insiden di luar jangka.

Beliau juga akan menyertai tiga kejohanan antarabangsa iaitu Piala Dunia Shanghai, China (April); Piala Dunia Yecheon, Korea Selatan (Mei); dan Piala Dunia Antalya, Turki (Jun), selain kejohanan kebangsaan di Shah Alam, Selangor yang bermula Rabu ini (28 Februari), sebagai persediaan ke temasya empat tahun sekali itu.

“Sejak layak hari itu, jurulatih telah memberitahu saya akan sertai tiga kejohanan antarabangsa dan satu kejohanan kebangsaan. Patutnya saya sertai kejohanan di Iraq bulan ini (namun ada masalah visa).

“Kecewa sikit (tidak pergi Iraq) tapi tak apa sebab jurulatih juga sudah sahkan kejohanan lain. Setakat ini saya hanya fokus latihan dan apa yang perlu dibaiki,” katanya.

Sementara itu, jurulatih memanah negara Muhammad Marbawi Sulaiman berharap masih ada atlet negara yang mampu melayakkan diri ke Paris 2024, apabila Piala Dunia Antalya, Turki Jun ini menjadi medan terakhir untuk slot ke Olimpik.

“Dalam podium kita ada empat atlet negara, tapi nanti masa kelayakan itu kita akan pilih lagi dua yang akan pergi bersama Ariana Nur Dania,” katanya.

Ariana Nur Dania mengesahkan tiket Olimpik menerusi Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand 2023. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia