Majlis Sukan Negara Malaysia

Blog

PEMBEKALAN, PEMASANGAN PERKAKASAN STORAN BAGI SISTEM REPOSITORI MSN SERTA SOKONGAN TEKNIKAL DAN WARRANTI

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

210102 – HARDWARE (HIGH END TECHNOLOGY)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/035/2025(S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN, PEMASANGAN PERKAKASAN STORAN BAGI SISTEM REPOSITORI MSN SERTA SOKONGAN TEKNIKAL DAN WARRANTI
TARIKH BUKA : 6 OGOS 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 15 OGOS 2025 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Zamri Napiah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929856

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI SUKAN MALAYSIA (SUKMA) BIL 13/2025

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil 13/2025 di Shah Alam.

Mesyuarat yang dihadiri Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri itu telah memutuskan sukan tinju dan sofbol dimasukkan ke dalam senarai sukan wajib bagi temasya SUKMA memandangkan kedua-dua sukan tersebut merupakan acara yang dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik. Dasar ini akan mula berkuat kuasa bermula SUKMA 2026.

Tuan rumah SUKMA 2026, Selangor turut bersetuju untuk memilih empat sukan sebagai sukan pilihan iaitu catur, kriket, kabaddi dan e-sukan menjadikan keseluruhan 34 jenis sukan akan dipertandingkan pada SUKMA tahun depan.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN BAGI SISTEM ‘LIQUEFIED PETROLEUM GAS’ (LPG) DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 hingga G7, Kategori ME – Pengkhususan M07 berdaftar di sekitar Negeri Melaka dan Negeri Sembilan serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/021/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN BAGI SISTEM ‘LIQUEFIED PETROLEUM GAS’ (LPG) DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 5 OGOS 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 14 OGOS 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Lembaga Pembangunan Industri & Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KERJA-KERJA MENUKARGANTI DAN MEMASANG LAMPU KORIDOR DI SETIAP ARAS BANGUNAN CASA 2 DAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1, Kategori MEPengkhususan E04 berdaftar di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/020/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENUKARGANTI DAN MEMASANG LAMPU KORIDOR DI SETIAP ARAS BANGUNAN CASA 2 DAN CASA 3 MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 5 OGOS 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 14 OGOS 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Lembaga Pembangunan Industri & Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PROGRAM MSN NEXT GEN BOOTCAMP

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menganjurkan Program MSN Next Gen Bootcamp pada 2 hingga 4 Ogos 2025, bertempat di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka.

Seramai 30 orang pegawai muda telah menyertai program ini yang memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan, pembentukan jati diri, serta pemantapan daya tahan sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan MSN.

Sepanjang tiga hari program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul interaktif yang menekankan aspek nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan, dan kecemerlangan berorganisasi, dalam suasana latihan yang mencabar dan berimpak tinggi.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, manakala majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

KAFE TIME OUT BUKIT JALIL PERKENAL MENU AUTENTIK KONTEMPORARI

BUKIT JALIL, 4 Ogos – Kafe Time Out MSN Bukit Jalil hari ini memperkenalkan tiga menu baharu menggabungkan citarasa autentik, sajian sihat dan penyediaan segar khas buat atlet negara.

Menu baharu yang mencuri perhatian terdiri daripada “Samyang Omelette” yang dimasak secara langsung di kaunter, “Baby Octopus Berempah Sitrus dengan Brokoli Rangup” serta “Claypot Tofu Cendawan ala Kantonis” setiap satunya menampilkan elemen kontemporari namun masih menepati piawaian pemakanan sukan.

Selain tiga menu utama ini, terdapat pelbagai pilihan hidangan bertema ‘hipster sihat’ turut ditawarkan, sejajar dengan gaya dan keperluan pemakanan harian atlet masakini.

Sejarah tercipta, Li Tian dinobat Grandmaster catur pertama Malaysia

Kuala Lumpur: Buat julung kalinya dalam sejarah negara, Malaysia akhirnya boleh berbangga apabila melahirkan Grandmaster (GM) pertama dalam sukan catur gelaran tertinggi yang dianugerahkan oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE).

Yeoh Li Tian, 25, anak jati Petaling Jaya, secara rasmi menerima gelaran berprestij itu selepas meraih norma ketiga dan melepasi penarafan 2500 dalam ranking FIDE, susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Jemputan Catur GM-IM 2025 yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Pengiktirafan itu menjadikan Li Tian sebahagian daripada kelompok elit kurang 2,000 Grandmaster di seluruh dunia, dan menjadi satu penghormatan sepanjang hayat dalam dunia catur.

Li Tian yang mula bermain catur seawal usia tiga tahun mengakui bahawa perjalanan untuk mencapai tahap ini bukan mudah dan menuntut pengorbanan besar.

“Saya selalu beritahu orang bahawa saya tiada zaman kanak-kanak. Itu mungkin pengorbanan terbesar saya. Sejak kecil, malah semasa di sekolah rendah, saya pergi sekolah, balik, buat kerja rumah dan terus fokus kepada catur,” katanya.

Mengulas kejayaan meraih gelaran GM di tanah air sendiri, Li Tian menyifatkan ia sebagai momen paling bermakna, selepas hampir mencapai sasaran itu pada Sukan SEA 2022 di Hanoi.

“Saya rasa sangat lega dan gembira kerana berjaya melengkapkan norma terakhir di Malaysia. Saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain tempatan untuk terus bermain catur,” katanya.

Mengintai ke hadapan, Li Tian masih belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, namun memberi bayangan akan menyertai Sukan SEA di Thailand hujung tahun ini.

“Persekutuan Catur Malaysia (MCF) sudah pun menghubungi saya berkenaan Sukan SEA. Saya rasa peluang untuk saya bermain kali ini sangat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCF Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi menyifatkan pencapaian Li Tian sebagai satu detik bersejarah dalam arena catur negara.

Katanya, MCF kini lebih bersemangat untuk melahirkan lebih ramai Grandmaster tempatan dalam usaha memperkukuh ekosistem dan pembangunan sukan itu di peringkat nasional.

“Saya rasa pencapaian ini adalah satu perkembangan yang sihat buat sukan catur di Malaysia.

“Kita tidak mahu ia terhenti setakat ini sahaja, sebaliknya kita mahu lebih ramai GM dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina,” katanya.

Remaja negara gegar Doha, boling Malaysia terus digeruni

Kuala Lumpur: Kejayaan skuad remaja negara meraih tujuh pingat emas, satu perak dan lima gangsa pada Kejohanan Boling Remaja Asia Bawah 18 Tahun di Doha, menjadi petanda bahawa masa depan sukan berkenaan berada di landasan tepat.

Lebih manis, Malaysia muncul juara keseluruhan kejohanan sekali gus membuktikan kesinambungan bakat masih kukuh, selain mengukuhkan status sebagai kuasa besar Asia dan dunia dalam sukan itu.

Pengurus pasukan yang juga Setiausaha Agung Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok menyifatkan pencapaian di Doha adalah hasil pembangunan akar umbi yang tersusun dan sistem yang terus berkembang secara positif.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Jurulatih Azidi Ameran dan Alex Liew memainkan peranan besar dalam memastikan pemain kekal fokus sepanjang kejohanan, sesuatu yang bukan mudah,” katanya.

Menurut Maradona, skuad kali ini membabitkan gabungan pemain pelapis kebangsaan dan atlet negeri memandangkan bilangan pemain bawah 18 tahun dalam skuad sedia ada tidak mencukupi, terutama bagi kategori lelaki.

“Kejohanan ini membenarkan setiap negara menghantar lapan pemain lelaki dan lapan perempuan untuk membentuk Pasukan A dan B. Jadi kami ambil peluang ini untuk memberi pendedahan kepada seramai mungkin pemain dari pelbagai negeri,” katanya.

Skuad wanita Pasukan A yang sepenuhnya terdiri daripada pemain skuad remaja kebangsaan, mempamerkan aksi cemerlang dengan bintang utama, Qurratu’ain Izdihar Pozi menyapu bersih lima pingat emas yang dipertandingkan.

Pasukan B yang diwakili sepenuhnya oleh pemain negeri turut cemerlang apabila menyumbang gangsa berpasukan.

Dalam kategori lelaki, Pasukan A hanya dibarisi dua pemain pelapis kebangsaan namun anak jati Pulau Pinang, Muhammad Aqil Faizal menyerlah apabila menggondol dua emas dalam acara berpasukan dan Masters serta dua gangsa dalam acara individu dan All Events.

Pasukan B turut menyinar menerusi gandingan Muhammad Affan Azmi dan Kho Yek Zhen yang meraih gangsa dalam acara beregu.

“Kejayaan ini membuktikan sekali lagi bahawa kita memiliki sistem pembangunan akar umbi bertaraf dunia dan program yang mampan,” kata Maradona.

“Elemen utama adalah Liga Remaja Kebangsaan yang kukuh hasil kerjasama dengan semua pemegang taruh. Pusingan terbaru di Perak menyaksikan penyertaan seramai 956 pemain.

“Pemain negeri yang terpilih ke Doha adalah antara yang terbaik daripada Liga Remaja. Mereka melalui sesi pemilihan roll off yang kompetitif bagi mendapatkan tempat dalam skuad.”

Gabungan pemain pelapis kebangsaan dan bintang muda negeri ini jelas memberi sinar harapan baharu kepada skuad boling negara serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara kuasa utama di peringkat Asia.

Jimmy-Pei Jing gagal sempurnakan misi di Macau

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terpaksa akur sekadar muncul naib juara pada saingan Terbuka Macau yang melabuhkan tirai di East Asian Games Dome, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-127 dunia itu gagal menyekat kemaraan gandingan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje apabila tumpas 13-21, 16-21 dalam aksi final yang berlangsung kurang dari sejam.

Kekalahan itu hadir sehari selepas mereka mencipta sensasi menyingkirkan pilihan keenam dari Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah di separuh akhir.

Bagaimanapun, semangat juang yang ditampilkan tetap membanggakan apabila mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$14,060 (RM60,141) dan pingat selaku naib juara.

Lawan dari Denmark pula meraih AS$29,230 (RM125,031) serta pingat kemenangan.

Ini adalah gelaran naib juara keempat buat Jimmy-Pei Jing tahun ini selepas muncul finalis di Cabaran Antarabangsa Vietnam, Siri Antarabangsa Phuket dan Terbuka St Denis Reunion.

Permainan kedua, ketiga bunuh momentum SRG – Arcadia

Kuala Lumpur: Jurulatih Selangor Red Giants OG Esports (SRG.OG), Michael Angelo Bocado mengakui kehilangan momentum selepas aksi permainan kedua dan ketiga menjadi titik tolak kekalahan pasukannya kepada Team Liquid PH (TLPH) dalam final Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2025 Piala Pertengahan Musim (MSC).

SRG.OG yang memulakan aksi dengan garang apabila memenangi permainan pertama, akhirnya akur bergelar naib juara selepas tewas 1-4 dalam pertarungan epik di Riyadh.

“Pada permainan pertama, kami bermain dengan sangat baik, segala perancangan, ‘draft’ dan gerakan kami menjadi. Tapi selepas itu, bermula permainan kedua dan ketiga, walaupun kami mendahului, kami gagal kekalkan rentak.

“Dua permainan itu sebenarnya kami sudah ada tempo, tapi gagal tamatkan dengan kemenangan. Dari situ, moral dan keyakinan pemain mula terjejas,” katanya.

Menurut Bocado atau dikenali sebagai ‘Arcadia’, permainan ketiga menjadi titik kritikal yang mengubah keseluruhan hala tuju perlawanan.

“Permainan ketiga adalah detik paling kritikal. Kami sudah kuasai permainan, tapi tetap gagal menang. Dari situ, pihak lawan mula ambil alih dan kami pula makin hilang arah.”

Mengulas kejutan taktikal pasukan lawan, Bocado menyatakan keputusan TLPH memberi keutamaan kepada hero Gloo dalam permainan kelima memberi kejutan besar kepada anak buahnya.

“Pilihan mereka letak keutamaan pada Gloo sangat di luar jangkaan. Ia bukan ‘pick’ biasa dalam situasi sebegitu. Tapi mereka berjaya manfaatkan dengan sangat baik.”

SRG.OG tetap pulang dengan reputasi meningkat selepas layak ke final buat kali pertama, namun persoalan kini mula timbul tentang masa depan Bocado bersama pasukan Malaysia itu.

Ketika ditanya sama ada dia akan terus kekal, Bocado hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.

SRG.OG membariskan pemain terbaik mereka yang diketuai Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), dan John Vincent Banal (Innocent).

Selaku naib juara MSC 2025, SRG.OG tetap boleh tersenyum lebar apabila membawa pulang hadiah wang tunai melebihi RM2.1 juta daripada kejohanan itu, selain berjaya mencipta sejarah baharu di MSC apabila menjadi pasukan pertama yang layak ke Grand Final dua tahun berturut-turut sejak kejohanan ini dimulakan pada 2017.

Majlis Sukan Negara Malaysia