Majlis Sukan Negara Malaysia
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kawalan keselamatan itu merangkumi ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata ia sebagai langkah memastikan keselamatan para pemain berada pada tahap optimum berikutan serangan jenayah melibatkan dua pemain kebangsaan iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim yang berlaku baru-baru ini.

“Kami sudah maklumkan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab jaga pasukan semasa tugasan pasukan kebangsaan untuk betul-betul peka dengan pergerakan pemain. Tidak kira di dalam ataupun luar negara, perkara itu mesti jadi keutamaan.

“Perkara sama juga perlu dilakukan semasa kem latihan pusat. Selama ini memang kita ada pegawai polis yang menjaga pasukan tetapi mungkin kita perlukan lebih lagi selepas ini,” katanya dalam sesi temu bual khas bersama Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini. hari ini.

Mengenai insiden membabitkan dua pemain kebangsaan itu, Hamidin enggan membuat sebarang spekulasi termasuk kemungkinan terdapat unsur penglibatan sindiket mengatur perlawanan.

“Saya tidak pasti adakah ia secara kebetulan ataupun terancang. Perkara ini di luar pengetahuan saya. Saya kesal dengan apa yang berlaku,” kata Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Mengulas perkembangan Faisal Halim, Hamidin berkata pemain Selangor FC itu bakal terlepas baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada awal Jun ini.

“Berdasarkan lawatan dan maklumat yang saya terima semalam, beliau (Faisal Halim) mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk pulih,” katanya.

โ€“ BERNAMA

KURSUS SIRI 1 TRAINING OF TRAINERS (TOT) SISTEM VOLUNTEER MANAGEMENT INTERGRATED SYSTEM (VMiS)

Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan telah mengadakan kursus Training of Trainers (TOT) pada 6 hingga 7 Mei 2024 bertempat di Bilik Seminar Casa 4, MSN.

Tujuan kursus ini diadakan sebagai pendedahan awal dalam mengendalikan Volunteer Management Intergrated System (VMiS) kepada pegawai dan anggota Majlis. Sistem ini merupakan sistem pengurusan dan pengoperasian sukarelawan yang akan digunakan untuk masa akan datang.

Sivasangari dinobat Atlet Terbaik April oleh The World Games

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.

Menurut hantaran di Facebook The World Games, pengiktirafan itu berdasarkan inspirasi daripada kerja kerasnya untuk mengatasi kesukaran demi mencapai kejayaan luar biasa selepas melalui situasi sukar dan mencabar.

“Sivasangari yang menduduki ranking ke-13 dunia memenangi kejohanan berprestij GillenMarkets London Squash Classic, menewaskan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini (Mesir) di suku akhir, ranking keempat Nele Gilis (Belgium) di separuh akhir dan pemain kedua dunia Hania El Hammamy (Mesir) di final.

“Dan semua ini berlaku hanya dua tahun selepas beliau mengalami kemalangan yang mengancam nyawa, dengan kecederaan teruk di kepala, tulang belakang serta lehernya, malah doktor juga bimbang kemungkinan beliau tidak dapat berjalan lagi. Namun, beliau sudah berjalan dan menang,” menurut kenyataan itu.

Selaku penerima anugerah Atlet Terbaik Bulanan Sivasangari akan menerima diploma dan hadiah berjenama.

Pada Sabtu lepas, PSA World Tour menamakan Sivasangari sebagai Pemain Terbaik Bulan Mac/April.

Pada 2022, Sivasangari mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan yang sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat menyertai Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Prestasi luar biasa pemain berusia 25 tahun menyaksikan Sivasangari muncul pemain skuasy wanita kedua memenangi gelaran di kejohanan tahap Emas selepas Datuk Nicol David melakukannya di Terbuka Hong Kong 2015.

Sivasangari memenangi dua pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, selain menjuarai kejohanan jelajah dunia PSA tahap Gangsa, Hong Kong Football Club Open pada November tahun lepas. โ€“ BERNAMA

1st CENTRAL ASIAN OPEN PENCAK SILAT CHAMPIONSHIP 2024

Result Day 3 – 5 Mei 2024

Pencak Silat Seni- Final Stage

Event :Tunggal Men

Athlete: Muhammad Khairul Shaadad (MAS)

Opponent : Janabayer Djambul (Uzbek)

๐Ÿฅ‡– Khairul Shaddad๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ

๐Ÿฅ‰– Tajikistan ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฏ

Event : Tunggal Female

Athlete : Nur Syafiqah(MAS)

Opponent : Ddiljonova Madina(Uzbek)

๐Ÿฅ‡– Nur Syafiqah Hamzah๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ

Event : Ganda Men

Athlete : Muhammad Danial Azray / Muhammad Danial Azroy (MAS)

Opponent : Raximberdiyer/Djodizov Iszoil (kyrgyzstan)

๐Ÿฅ‡– MAS๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Kyrgyzstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฌ

๐Ÿฅ‰– Tajikistan ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฏ

Event : Ganda Female

Athlete : Nur Haizatul Farisa / Nur Sarafina (MAS)

Opponent : Ddiljonova Burxanova/Aliyona (Uzbek)

๐Ÿฅ‡– MAS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ

๐Ÿฅ‰– Kazakhstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ

Event : Regu Men

Athlete : Luqman Laji / Muhammad Syafiq / Mohd Juned (MAS)

Opponent :Ronov Ulmas/Tosher Zarqiddin/Xudoybezdiele(Uzbek)

๐Ÿฅ‡– MAS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ

๐Ÿฅ‰– Kazakhstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ

Event : Regu Female

Athlete : Siti Nur Khairunnisa Hail / Nur Haizatul Farisa Norashid / Asmaโ€™ Mohd Nasri (MAS)

Opponent : Puzmaxmatova/Vahobqulova/Sayunova (Uzbekistan)

๐Ÿฅ‡– MAS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ– Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ

๐Ÿฅ‰– Kazakhstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ

COMMUNITI CHAMPIONS 2024

Seramai 15 atlet negara telah terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat (CSR) pada Sabtu yang bertempat di Kechara Food Bank, Setapak.

Program CSR yang pertama pada tahun 2024 ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, sikap ambil peduli, empati pada orang lain serta cakna pada keadaan sekeliling.

Sekitar hari terakhir Bengkel Fast Track Los Angeles 2028 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.

AUSTRALIASEAN YAYASAN SIME DARBY TRACK SERIES DAN ASEAN TRACK CUP

Tarikh : 3 – 5 Mei 2024

Tempat : Velodrome Nasional Nilai

Keputusan Hari Pertama

Men Elite Keirin

๐Ÿฅ‡Datuk Mohd Azizulhasni (RTG)

๐ŸฅˆAhmad Safwan bin Ahmad Nazeri (PO)

๐Ÿฅ‰Xavier Bland QLD/AUS

Men Elite 200m

๐Ÿฅ‡Datuk Mohd Azizulhasni MAS (RTG)

๐ŸฅˆMuhammad Ridwan Sahrom MAS (PO)

๐Ÿฅ‰Dika Alif Dhentaka IND

Women Elite Keirin

๐Ÿฅ‡Nurul Izzah Izzati MAS (PO)

๐ŸฅˆNurul Aliana MAS (PO)

๐Ÿฅ‰Maya Dillon

Women Elite 200m Sprint

๐Ÿฅ‡Nurul Izzah Izzati MAS (PO)

๐ŸฅˆNurul Aliana MAS (PO)

๐Ÿฅ‰Maya Dillon

Men Elite Sratch Race

๐Ÿฅ‡Abdul Azim bin Aliyas MAS (PO)

๐ŸฅˆPark Sanghoon KOR

๐Ÿฅ‰Bae Hyoungjun KOR

Women Elite Sratch Race

๐Ÿฅ‡Nyo Chi Hui MAS (PO)

๐ŸฅˆYeong Zhen Hi MAS (PO)

๐Ÿฅ‰Meg Baker NZD

Men Elite Elimination

๐Ÿฅ‡Park Sanghoon KOR

๐ŸฅˆBae Hyoungjun KOR

๐Ÿฅ‰Harrif Salleh MAS

Women Elite Elimination Race

๐Ÿฅ‡Yeong Zhen Hi MAS (PO)

๐ŸฅˆSophie Maxwell NZD

๐Ÿฅ‰Nyo Chi Hui MAS (PK)

Bengkel Fast Track Los Angeles 2028

Sekitar hari kedua Bengkel Fast Track Los Angeles 2028 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.

Iktibar buat skuad Piala Uber negara

BEKAS pemain legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj menyifatkan pentas Piala Uber saingan berintensiti tinggi yang akan mematangkan pemain wanita negara.

Malah James juga yakin pemain-pemain akan lebih cepat belajar daripada kesilapan di Chengdu 2024 berkenaan.

โ€œPrestasi skuad Uber negara teruk disebabkan kita menghantar pemain-pemain junior, tanpa pemain-pemain senior seperti Pearly Tan-M Thinaah.

โ€œBiarpun begitu, ini pendedahan yang baik kerana mereka akan lebih mengetahui sejauh mana tahap mereka di Chengdu 2024 yang berbeza dari Sukan SEA.

โ€œSeseorang pemain yang bermain dalam Piala Uber secara tidak langsung akan mendapat pengalaman gelanggang yang akan mematangkan permainan mereka,โ€ katanya yang percaya pemain-pemain negara memperolehi pengalaman.

James yang juga Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap jurulatih skuad Uber negara dapat menggunakan pakar psikologi dalam mencari punca kepada kemeruduman

โ€œSeperti yang selalu saya katakan sebelum ini, pemain-pemain kita memerlukan khidmat pakar psikologi dalam menangani masalah mereka.

โ€œKekalahan kepada Taiwan dengan semangat melawan amat berbeza ketika tewas besar kepada Thailand.

“Selain tekanan persekitaran satu lagi punca mungkin yang perlu diberikan perhatian adalah aspek psikologi,โ€ katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sementara itu, bekas Olimpian Nazmizan Muhammad yang juga pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) percaya pemain batch Chengdu 2024 sudah mendapat pengajaran terbaik beraksi di pentas tertinggi sukan berkenaan.

Tambah Nazmizan, pemain-pemain juga seharusnya berterima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila memberikan pendedahan lebih awal kepada skuad muda negara.

โ€œKeputusan kita menghantar skuad junior sesuatu yang bagus sebagai pendedahan, namun kita juga harus realistik wujudnya jurang ketara apabila berdepan Taiwan dan Thailand.

โ€œTambah pula pasukan junior kita berdepan pemain senior pasukan lawan yang jauh lebih berpengalaman dan matang gaya permainannya serta berada di ranking lebih tinggi.

โ€œBiarpun begitu kita harus puji kemahuan mereka masih tinggi untuk bangkit ketika menewaskan Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan,โ€ kata Nazmizan yang turut terlibat dalam mengilap pelapis olahraga di UniMAP percaya prestasi pelapis negara akan meningkat selepas ini.

Pada masa sama Nazmizan menggesa semua pihak berlapang dada menerima keberhasilan skuad wanita negara di temasya tersebut.

โ€œSaya biasa mengendali budak muda dan apabila kita hantar pelapis, seharusnya sudah boleh menjangkakan sejauh mana hasil mampu diraih dalam pertandingan.

โ€œNamun sekiranya mereka mampu pergi lebih jauh daripada jangkaan kita, bermakna mereka sudah berjaya menyerap tekanan.

โ€œSekiranya keputusan sebaliknya bermakna pemain, jurulatih dan pakar psikologi harus melakukan kerja rumah lebih banyak lagi,โ€ katanya yang berharap lebih banyak pertandingan kompetitif diberikan kepada pemain-pemain wanita negara pada masa depan.

Sebagai rekod, cabaran skuad Piala Uber Chengdu 2024 berakhir di peringkat kumpulan apabila tewas dua dari tiga perlawanan di Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech, China.

INFO

Skuad Piala Uber Chengdu 2024 negara diketuai Teoh Mei Xing (27) dibarisi pemain muda dengan beregu terdiri daripada pemain berusia 18 tahun Siti Zulaikha Azmi; Zhing Yi (21); Lo Ee (21); Chan Wen Tse (19) dan Go Pei Kee (22) manakala perseorangan diketuai Goh Jin Wei (24); K Letshanaa (20); Wong Ling Ching (20) dan Siti Nurshuhaini Azman (19).

Kumpulan B

Malaysia 1-4 Taiwan

Malaysia 0-5 Thailand

Malaysia 4-1 Australia

-Sinar

Azimuddin, Che Sharul dalam senarai 18 pemain hoki negara

Kuala Lumpur: Dua pemain muda, Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Che Sharul Azmi Che Saupi antara 18 pemain disenaraikan bagi menggalas cabaran skuad hoki lelaki negara ke Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, bermula Sabtu ini.

Azimuddin yang beraksi di posisi penyerang dan Che Sharul Azmi di posisi penjaga gol bakal meraih penampilan antarabangsa pertama mereka bersama skuad kebangsaan.

Menurut ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, pemilihan 18 pemain yang diumumkan hari ini mengambil kira pelbagai aspek termasuk prestasi semasa pemain, komitmen semasa sesi latihan serta pemahaman konsep yang diterapkan pasukan.

“Kami barisan kejurulatihan berharap persefahaman antara pemain muda atau pemain baharu di dalam pasukan bersama pemain yang lebih senior dapat dibentuk dengan cepat sewaktu dalam perlawanan.

“Kami berharap pasukan ini dapat berkembang serta menjadi lebih matang dengan secepat mungkin terutamanya ketika bersaing di peringkat antarabangsa.

“Barisan kejurulatihan mengharapkan pemain dapat memberikan aksi konsisten dalam setiap perlawanan selain keyakinan tinggi serta sikap baik dapat ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kejohanan pertama ini seharusnya digunakan oleh pemain lebih muda untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin daripada pemain lebih berpengalaman,” katanya.

Semalam, Malaysia menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi persahabatan sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan, petang tadi.

Skuad negara yang turun selaku juara bertahan selepas menjuarai edisi 2022 akan membuka tirai saingan menentang Pakistan, Sabtu ini.

Empat lagi pasukan yang menyertai edisi kali ini adalah Kanada, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

SENARAI PEMAIN HOKI KE PIALA SULTAN AZLAH SHAH

1. MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN – PENJAGA GOL

2. CHE SHARUL AZMI CHE SAUPI – PENJAGA GOL

3. MUHAMMAD MARHAN JALIL (KAPTEN) – PERTAHANAN

4. SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN – PERTAHANAN

5. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZHAR – PERTAHANAN

6. MUHAMAD SHAFIQ HASSAN – PERTAHANAN

7. MUHAMMAD NAJIB ABU HASSAN – PERTAHANAN

8. SYARMAN MAT TEE – PERTAHANAN

9. MOHD FITRI SAARI – TENGAH

10. NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI – TENGAH

11. SHELLO SILVERIUS – TENGAH

12. NORSYAFIQ SUMANTRI – TENGAH

13. ALFARICO LANCE LIAU JR – TENGAH

14. FAIZAL SAARI – PENYERANG

15. MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL – PENYERANG

16. MUHAJIR ABDU RAUF – PENYERANG

17. MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK – PENYERANG

18. AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDIN – PENYERANG

-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia