Sekitar aksi tenpin boling skuad ketiga bagi acara perseorangan lelaki dan wanita pada hari pertama pertandingan.





















Sekitar aksi tenpin boling skuad ketiga bagi acara perseorangan lelaki dan wanita pada hari pertama pertandingan.
KUCHING: “Ini hadiah buat arwah,” kata pelumba Terengganu Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi selepas meraih pingat emas acara berbasikal lepas beramai-ramai individu dan berpasukan lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
Beliau berkata jurulatih skuad berbasikal Terengganu Muhammad Muslim Marzuki merupakan individu yang bertungkus-lumus dalam memastikan prestasi pelumba berada pada tahap terbaik.
Malangnya, Muhammad Muslim tidak sempat mengecapi kejayaan bersama mereka kerana telah meninggal dunia selepas motosikal dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori ketika mengiringi skuad berbasikal Terengganu menjalani latihan di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran pada 12 November lepas.
Pelumba berusia 20 tahun itu berkata tragedi berlaku ketika pasukan dalam persiapan menyertai Jelajah Negeri Sembilan 2023 dan SUKMA 2024 ternyata merentap semangat pasukan yang rata-ratanya berusia 19 tahun ketika itu.
“Jurulatih (Muhammad Muslim) bertungkus-lumus untuk pastikan kami semua berada dalam prestasi terbaik dan dapat latihan secukupnya.
“Jadi saya cakap pada pasukan kita jadikan SUKMA ini medan untuk bangkit, bawa semangat jurulatih ketika kayuh dan usaha keras untuk capai kejayaan hari ini untuknya,” katanya.
Muhamad Iqbal Daniel yang meraih emas acara individu selepas menamatkan perlumbaan sejauh 146.4 kilometer (km) di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem di sini dengan catatan 3 jam 39 minit 16 saat, turut membantu Terengganu menambah koleksi pingat emas menerusi acara berpasukan sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2016.
Sementara itu, Muhamad Iqbal Daniel yang membuat penampilan kedua di pentas SUKMA selepas edisi 2022 di Kuala Lumpur berkata beliau tidak meletakkan sasaran emas dalam kategori individu memandangkan baru bertukar ke acara lebuh raya selepas acara trek tidak dipertandingkan.
“Saya asal pelumba trek, tapi tahun ini (SUKMA) tak ada acara trek jadi jurulatih lihat dan pantau prestasi saya sebelum ambil keputusan mahu saya bantu pasukan dalam acara lebuh raya. Tak sangka menang dua-dua sekali,” katanya.
Jurulatih skuad berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata tiga pingat emas dimenangi kem berbasikal setakat ini, termasuk menerusi Kee Zhe Yie dalam acara ujian masa individu lelaki semalam, merupakan hasil kerja keras dan latihan intensif selama berbulan-bulan sebelum SUKMA 2024.
“…dengan prestasi baik atlet mungkin kita boleh tambah pingat emas lagi sekali gus menjadikan kempen di Sarawak ini sebagai penyertaan paling cemerlang pasukan berbasikal Terengganu dalam sejarah penyertaan di SUKMA,” katanya.
Esok Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem di sini, terus menjadi tumpuan acara berbasikal yang menawarkan dua lagi pingat emas melibatkan acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan wanita. – BERNAMA
JALAN DUTA – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Datoβ Subramaniam Raman Nair meneruskan siri lawatan untuk sukan Tenis Berkerusi Roda di Kompleks Tenis Jalan Duta hari ini.
Pada lawatan tersebut beliau bertemu dengan Mohamad Yusshazwan Yusoff dan Abu Samah Borhan yang bakal membawa cabaran dalam acara persorangan lelaki dan beregu di Stade Rolland Gaross, Paris bermula 30 Ogos hingga 7 September 2024.
Majlis Perasmian Perkampungan SUKMA XXI Sarawak 2024 telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Acara kemuncak termasuk upacara menaikkan bendera negeri-negeri yang terlibat dalam SUKMA 2024, menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.
KUCHING: Atlet tenpin boling remaja kebangsaan Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan menepati ramalan apabila merangkul pingat emas acara perseorangan lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
Atlet berusia 17 tahun yang mewakili Terengganu itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang enam set permainan di Megalanes Sarawak di sini dengan melakukan keseluruhan 1,375 jatuhan pin.
Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh dari Wilayah Persekutuan meraih perak selepas mencatatkan 1,361 jatuhan pin manakala wakil Sabah, Emmanuel Fo melakukan 1,342 jatuhan pin untuk gangsa.
Kategori wanita pula menyaksikan atlet tuan rumah Nur Hazirah Ramli mendominasi saingan selepas melakukan 1,261 jatuhan pin.
Atlet Selangor, Adania Mohd Redzwan dan Haiffa Hazlan dari Wilayah Persekutuan masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas mencatatkan 1,254 dan 1,239 jatuhan pin.
Sukan tenpin boling yang membuka tirai hari ini menawarkan 11 pingat emas secara keseluruhan dan akan diteruskan dengan saingan beregu lelaki dan wanita, esok. – BERNAMA
BUKIT JALIL – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Datoβ Subramaniam Raman Nair meneruskan siri lawatan untuk sukan Para Badminton.
Pada lawatan tersebut beliau bertemu dengan pemain utama negara Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar yang bakal membawa cabaran negara untuk kategori Persorangan Lelaki SU5 bersama 3 lagi pemain Mhd Amin Burhanuddin (SL4) Muhammad Ikhwan Ramli (WH1) dan Noor Azwan Noorlan (WH1) di Porte De La Chapelle Arena bermula 29 Ogos hingga 2 September 2024.
Sekitar aksi hari pertama Wushu di #Sarawak2024
Women’s Nanquan
JOH Eunice Pang Wei En 9,496
PEN Gillian Ong Ying Sze 9,493
Men’s Nanquan
MEL Bryan Ti Kai Jie 9,600
PRK Foo Mun Fei 9,560
SAR Fung Tai Leong 9,560
Taolu – Women’s Taijijian
SEL Mandy Cebelle Chen 9,603
SAR Carmen Chaw Jia Min 9,530
WPE Kwan Yong Xin 9,490
Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 1 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Grand Margherita pada Rabu.
Beberapa isu telah dibincangkan seperti pengangkutan, venue pertandingan, penginapan atlet, makanan, perkhidmatan perubatan dan beberapa isu lain bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKMA kali ini.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN dan YBhg. Datoβ Gerald Rentap Jabu, CDM Kontinjen Sarawak.