Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MSN BAGI BULAN OGOS 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan MSN bagi bulan Ogos 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN bertempat di Bukit Jalil.

Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan budaya akauntabiliti, penstrukturan organisasi yang lebih mantap, penguasaan ilmu dan teknologi (AI), pengurangan birokrasi, serta penolakan terhadap budaya buli dan perkauman. Beliau turut menyeru seluruh warga MSN untuk bersama menjayakan agenda transformasi dengan semangat kebangsaan, dedikasi dan tekad baharu.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta penyerahan bendera Kontinjen MSN ke Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri Se-Malaysia (FESMAS) dan Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN).

Acara penutup diserikan dengan nyanyian lagu Tanggal 31 dan gimik pemasangan bendera di kenderaan rasmi Majlis sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): SPORTS TAPING ZON UTARA 2025

Kursus Pendidikan Jurulatih Berterusan (CCE): Sports Taping Zon Utara 2025 telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.

Kursus yang disertai seramai 30 orang jurulatih wanita daripada pelbagai program pembangunan ini menekankan kepentingan teknik taping dalam menyokong sendi, otot serta mencegah kecederaan atlet selaras dengan misi melahirkan lebih ramai jurulatih berkemahiran tinggi.

SESI DIALOG BELANJAWAN 2026 BERSAMA PEMEGANG TARUH BELIA DAN SUKAN

Sesi dialog bersama pemegang taruh Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan hari imi dalam usaha menyediakan kerangka Belanjawan 2026 yang inklusif khususnya dalam memperkasa belia dan sukan.

Sesi dialog diterajui Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan, persatuan belia serta pemegang taruh.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. En. Abdullah Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Pn. Chan Hong Jin.

KERJA MENAIKTARAF PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI GIMNASIUM 1, MSN

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1: Kategori B Pengkhususan – Pembinaan Bangunan Kod B04 (kerja am bangunan) Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 (kerja-kerja am kejuruteraan awam); dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempohnya .

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/026/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA MENAIKTARAF PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI GIMNASIUM 1, MSN
TARIKH BUKA : 20 OGOS 2025 (RABU)
TARIKH TAKLIMAT : 25 OGOS 2025 (ISNIN) / 11.00 PAGI
BANGUNAN GIMNASIUM 1, MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 2 SEPTEMBER 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH HARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran).

Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima. Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urus setia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN CANTASAN DAN PEMOTONGAN POKOK TERMASUK PEMBERSIHAN SELEPAS PEMOTONGAN DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Melaka serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221002 – Pembersihan kawasan

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/027/2025 (SP)
TAJUK SEBUT HARGA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN CANTASAN DAN PEMOTONGAN POKOK TERMASUK PEMBERSIHAN SELEPAS PEMOTONGAN DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
TARIKH BUKA : 20 OGOS 2025 (RABU)
TARIKH TAKLIMAT : 27 OGOS 2025 (RABU) / 10.00 PAGI
KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
TARIKH TUTUP : 3 SEPTEMBER 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dan satu (1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urus Setia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd. Rizal Mohd shukri (Spesifikasi) : 03-89929912

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PEMBEKALAN PAKAIAN RASMI TEAM MAS BAGI PROGRAM DI BAWAH MAJLIS SUKAN NEGARA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

030101 – Pakaian Sukan Dan Aksesori

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/036/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PAKAIAN RASMI TEAM MAS BAGI PROGRAM DI BAWAH MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 19 OGOS 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 26 OGOS 2025 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dan satu (1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Aminul Hakim Hani Salman (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929912

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KERJA MEMBAIK PULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Sembilan untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21/M15, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
221010 – Kolam Kumbahan/Sisa Perawatan/Talian Paip/Sesalur

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/025/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA MEMBAIK PULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH BUKA : 19 OGOS 2025 (SELASA)
TARIKH TAKLIMAT : 22 OGOS 2025 (JUMAAT) / 10.00 PAGI
KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 29 OGOS 2025 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima. Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urus setia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA KONTINJEN PEKAK MALAYSIA KE SUKAN SEA PEKAK 2025

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan beraksi pada Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 yang akan berlangsung 20 hingga 26 Ogos 2025 di Jakarta, Indonesia.

Pada majlis tersebut, YB Hannah Yeoh menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen, Sarkunan A/L Balakrisnan dan pembawa Jalur Gemilang, atlet lompat jauh dan juga lompat kijang negara, Zaiman Megat Abu.

Kontinjen Malaysia diwakili 53 atlet dan 27 pegawai dan akan menyertai kesemua enam acara sukan yang dipertandingkan pada edisi ke-2 itu iaitu Futsal, Olahraga, Badminton, Tenpin Boling, Catur dan Ping Pong.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Presiden MSDeaf, (Dr.) Ong Shinn Ruenn dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Sukan MSN, En. Mohd Sofian Hamzah.

PEMASANGAN PERISISAN BERLESEN ENDPOINT PTOTECTION UNTUK MSN

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

210107 – ICT Security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/026/2025 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMASANGAN PERISISAN BERLESEN ENDPOINT PTOTECTION UNTUK MSN
TARIKH BUKA : 18 OGOS 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 27 OGOS 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhammad Firdaus Juhari (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929822

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PROGRAM CSR ‘PAW-SITIVE MOVES WITH ATHLETES’

Seramai 17 atlet Pelapis Kebangsaan dari sukan Akuatik (Terjun), Menembak, Tenpin Boling dan Para Menembak berganding tenaga dalam program khidmat masyarakat “Paw-sitive Moves with Athletes” sempena “International Homeless Animal Day” di “Society for the Prevention of Cruelty to Animals” (SPCA) Ampang, Selangor.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu memberi pendedahan secara langsung kepada atlet mengenai aspek pemeliharaan dan kebajikan haiwan.

Antara pengisian utama ialah lawatan ke “Cattery” dan “Kennel”, sesi penerangan tentang kepentingan pemandulan, usaha mencegah kekejaman terhadap haiwan serta aktiviti interaktif bersama sukarelawan SPCA.

Penglibatan atlet dalam program CSR sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah menanam nilai empati terhadap haiwan yang juga berhak disayangi dan dilindungi.