Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

Skip to content
Majlis Sukan Negara Malaysia
  • Follow Us:
Aduan & Maklmbalas
Hubungi kami
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
  • Hubungi Kami
    • Direktori MSN
    • Aduan dan Maklumbalas
    • Majlis Sukan Negeri
  • Follow Us:
Aduan & Maklmbalas
Hubungi kami
Majlis Sukan Negara Malaysia

Majlis Sukan Negara Malaysia

  • Laman Utama
  • Info Korporat
    • Maklumat Am
      • Sejarah
      • Visi Dan Misi
      • Objektif
      • Logo Dan Rasional
      • Pelan Strategik MSN 2030
      • Laporan Tahunan MSN
      • Anugerah Sukan Negara
        • Latar Belakang ASN
        • Peraturan
        • Kategori
    • Lembaga Pengurusan
    • Senarai Menteri
    • Senarai Ketua Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • Program MSN
    • Program Atlet
    • Program Bakat Dan Pelapis
    • Program Para
    • Program NFDP
    • Program NRDP
    • Program NHDP
    • Program NNDP
    • Program JCM
    • Wanita Dalam Sukan
  • Temasya
    • Sukan Olimpik
    • Sukan Asia
    • Sukan Komanwel
    • Sukan SEA
    • Sukan Paralimpik
    • Sukan Para Asia
    • Sukan Para Asean
    • Sukan Malaysia (SUKMA)
    • Sukan Para SUKMA
  • Perkhidmatan
    • MACE
    • Venue MSN
  • Hubungi Kami
    • Direktori MSN
    • Aduan dan Maklumbalas
    • Majlis Sukan Negeri

Malaysia akan kembali kuasai lompat tinggi Asia Tenggara

  • Home
  • Malaysia akan kembali kuasai lompat tinggi Asia Tenggara
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
  • admin admin
  • Feb, Tue, 2024
  • Berita
Malaysia akan kembali kuasai lompat tinggi Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei meramalkan Malaysia akan kembali menguasai sukan itu di peringkat Sukan SEA dalam tempoh lima tahun lagi.

Hup Wei yang kini menggalas tugas selaku jurulatih pelapis kebangsaan, berkata usaha sedang giat dijalankan bagi mencari bakat-bakat baharu dari seluruh negara untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Sebelum ini memang kita tiada atlet pelapis, jadi saya perlukan masa untuk menggilap bakat-bakat baharu.

“Sekarang kita sudah ada seorang atlet (Kuan Jhy Yunn) yang diserapkan dalam program pelapis di bawah MSN (Majlis Sukan Negara) tahun ini dan ada 10 atlet remaja di SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil).

“Ketika ini saya sedang menggiatkan usaha untuk mencari lebih ramai atlet berbakat dengan kerjasama MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia).

“Untuk kita menjadi kuasa besar semula di peringkat Asia Tenggara, kita perlu kumpulan bakat baharu yang besar,” kata Hup Wei yang mengumumkan persaraannya pada 2022.

Menurut Hup Wei, pelan jangka pendek ketika ini adalah untuk mempersiapkan dua atlet lelaki dan wanita bagi menggalas cabaran negara di Sukan SEA Bangkok 2025.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bawa atlet ke Sukan SEA Bangkok 2025. Buat masa ini, saya harap kita mampu cari dua atlet lelaki dan dua wanita untuk temasya itu,” katanya.

Malaysia sebelum ini adalah kuasa besar lompat tinggi di Sukan SEA dengan Hup Wei dan seorang lagi bekas atlet negara, Nauraj Singh Randhawa berjaya menguasai acara itu sejak 2007.

Hup Wei memenanginya sebanyak empat kali bermula 2007 di Manila, 2009 (Vientiane), 2011 (Palembang) dan 2019 (Filipina) manakala Nauraj merekodkan kejuaraan pada 2013 (Napyidaw), 2015 (Singapura) dan 2017 (Kuala Lumpur).

Bagaimanapun, penguasaan Malaysia berakhir selepas Nauraj sekadar meraih perak di Hanoi, Vietnam dua tahun lalu.

Pada edisi terakhir di Kemboja, tahun lalu, emas menjadi milik atlet Thailand, Tawan Kaeodam.-Berita Harian

Berita Lagi
  • KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
  • KARNIVAL PENCARIAN BAKAT SUKAN PARA ZON TENGAH 2025
  • KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEMEN TALI TINGGI, ZIPLINE DAN KAWASAN MERENTAS HALANGAN  DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM
  • MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA DAN INSTITUT SUKAN NEGARA BAGI PERSEDIAAN TEMASYA SUKAN PARA ASEAN NAKHON RATCHASIMA 2025
  • PERBINCANGAN MAJLIS SUKAN NEGARA BERSAMA SPORTS SINGAPORE
Arkib
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • January 2023
  • December 2022

Informasi MSN

Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur

TEL : - 03-89929600

lokasi
Madani

Kemaskini Terakhir Laman Ini pada : 2 Julai 2025

A Decrease font size. A Reset font size. A Increase font size.

Pautan
  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Ketua Setiausaha Negara Malaysia
  • Kementerian Belia & Sukan
  • Institut Sukan Negara
  • Pesuruhjaya Sukan Malaysia
  • Perbadanan Stadium Malaysia
  • Adamas
  • Majlis Olimpik Malaysia
  • Majlis Paralimpik Malaysia
  • Yakeb
  • PETRONAS Le Tour de Langkawi
Capaian Pantas
  • Hrmis
  • Email MSN
  • Intranet MSN
  • Sistem Pendaftaran Syarikat
  • MyHRMIS Mobile
  • Pendaftaran Pekerjaan Atlet Yang Bakal Bersara
Rakan Penaja
alliance
100plus
bubbles

Pelawat

1 1 0 7 4 1
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Data perlindungan Akta Peribadi
  • Penafian
Hak Cipta © 2025 Majlis Sukan Negara Malaysia | Powered by Cawangan Pengurusan Maklumat MSN