Majlis Sukan Negara hari ini mengadakan Perhimpunan Bulanan April 2026 bersekali dengan Majlis Kesyukuran Kejayaan Kontinjen Malaysia di Sukan Para ASEAN Thailand 2025 serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menghimpunkan warga MSN dalam suasana penuh penghargaan dan kebersamaan.
Ketua Pengarah MSN, YBrs. En. Jefri Ngadirin dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kejayaan program pembangunan atlet termasuk penganjuran Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan yang melibatkan lebih 1,700 atlet serta pelbagai inisiatif pembangunan sukan dan kebajikan warga kerja.
Dalam masa sama, warga MSN diingatkan untuk terus mengekalkan disiplin, integriti dan amalan penjimatan selaras dengan dasar kerajaan, termasuk pematuhan pelaksanaan bekerja dari rumah serta penggunaan sumber secara berhemah.
Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan MSN adalah hasil usaha berpasukan dan berharap momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan demi memartabatkan sukan negara.
