Majlis Sukan Negara (MSN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, yang akan menerima pelantikan baharu sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia berkuat kuasa pada 15 Ogos 2025.
Beliau telah menabur khidmat bakti di MSN selama lebih 30 tahun dan jasa beliau amat dihargai atas sumbangan yang signifikan dalam memacu pembangunan sukan negara.
MSN turut mengucapkan tahniah kepada YBrs. Encik Mohd Sofian Hamzah yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Selain itu, MSN juga mengucapkan tahniah kepada Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, yang kini dilantik sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN. Jawatan Pengarah Bahagian Atlet yang dikosongkan beliau akan diisi oleh Encik Mohd Zaim Yusof, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Tahniah diucapkan kepada semua atas pelantikan ini. Semoga kepimpinan baharu ini terus memacu kecemerlangan MSN dalam merealisasikan aspirasi sukan negara.




