Sesi Taklimat Kesejahteraan anjuran Majlis Sukan Negara telah diadakan pada 16 Mei 2025 yang disampaikan oleh Aaron Alsop, pakar dalam pengurusan sukan dan jurulatih sukan berprestasi tinggi yang berpengalaman di Samoa, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Aaron Alsop berkongsi strategi dan pentingnya kesejahteraan dalam meningkatkan prestasi atlet negara.
Beliau menekankan prestasi atlet tidak hanya bergantung kepada latihan fizikal semata-mata, tetapi kepada pemeliharaan emosi dan kesejahteraan secara menyeluruh. Ini adalah penting untuk menghasilkan atlet yang bukan sahaja berprestasi tinggi dalam bidang sukan tetapi juga membangunkan potensi insan secara menyeluruh.







