Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 2026

MSN DAN HKSI METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA SUKAN BERPRESTASI TINGGI

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Institut Sukan Hong Kong (HKSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi dan bidang profesional berkaitan.

MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin dan Ketua Pegawai Eksekutif HKSI, Encik Tony Choi, serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol.

MoU tiga tahun ini merangkumi kerjasama dalam sains sukan dan perubatan sukan, perkongsian kepakaran serta pendekatan terbaik latihan berprestasi tinggi, pembangunan kapasiti atlet dan jurulatih, dan perkongsian ilmu melalui platform profesional antarabangsa.

LAWATAN RASMI DELEGASI INSTITUT SUKAN HONG KONG KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Delegasi Institut Sukan Hong Kong (HKSI) telah mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Sukan Negara (MSN) pada 9 Februari 2026.

Ketibaan delegasi yang terdiri daripada 8 orang pegawai dan 21 orang atlet ini telah disambut oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. En. Jefri Ngadirin, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBrs. Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, YBrs. Encik Mohd Zaim Yusof serta Pengarah Bahagian Korporat, YBrs. Puan Puah Pei Ling.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala antara MSN dan HKSI melalui perkongsian idea, kepakaran serta kaedah dan pendekatan terbaik dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi.

Selain itu, atlet-atlet HKSI turut berpeluang menjalani sesi latihan bersama atlet negara di Pusat Latihan MSN, Bukit Jalil sebagai sebahagian daripada pertukaran pengalaman dan pendedahan antarabangsa.

MAJLIS PENYAMPAIAN SKIM HADIAH KEMENANGAN SUKAN (SHAKAM) TEMASYA SUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN 2025

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah menyampaikan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025.

Atlet renang, Khew Hoe Yean dan ratu wushu, Tan Cheong Min muncul penerima tertinggi kategori lelaki dan wanita bagi Temasya Sukan SEA 2025 manakala atlet para renang, Abdul Halim Mohammad dan Carmen Lim penerima tertinggi kategori lelaki dan wanita untuk Temasya Sukan Para ASEAN 2025.

Selain itu, Tan Cheong Min turut diumumkan sebagai atlet terbaik negara untuk Sukan SEA 2025, manakala Abdul Halim Mohammad dinobatkan sebagai atlet terbaik negara untuk Sukan Para ASEAN 2025.

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PEMBERSIHAN LUAR DAN DALAM BANGUNAN SERTA PEMOTONGAN RUMPUT KAWASAN TERMASUK PENYEWAAN TONG RORO SECARA DI KOMPLEKS PERAHU LAYAR PENGKALAN BALAK, MELAKA UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Melaka serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221001 – KHIDMAT PEMBERSIHAN & RAWATAN – PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

221002 – MEMBERSIH KAWASAN

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                                  : 03-89929066  

Encik Mohd Rizal Mohd Shukri (Spesifikasi Pembekalan)                : 03-89929702

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP PEMBERSIHAN LUAR BANGUNAN SERTA PEMOTONGAN RUMPUT KAWASAN TERMASUK PENYEWAAN TONG RORO SECARA DI KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-