Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives 2025

TAKLIMAT CADANGAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN 8 SUKAN OLIMPIK

Taklimat cadangan pelaksanaan pembangunan 8 sukan Olimpik yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Suriaghandi P. Suppiah, Ahli Lembaga Pengurusan MSN telah berlangsung di MSN, Bukit Jalil.

Sebanyak 8 jenis sukan dikenalpasti berpotensi mampu untuk layak ke Sukan Olimpik seperti Akuatik Renang, Akuatik Terjun, Berbasikal, Memanah, Taekwondo, Skuasy, Badminton dan Olahraga dan MSN kini menyasarkan pembangunan atlet berbakat sukan-sukan berkenaan bermula daripada peringkat umur 13 hingga 21 tahun.

Langkah ini juga melibatkan kerjasama erat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menyelaraskan pelan tindakan yang lebih efektif dan komprehensif.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.

BENGKEL RETREAT KPI MSN 2025

Satu Bengkel Retreat KPI MSN untuk tahun 2025 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2025 bagi tujuan membincangkan hala tuju dan merangka strategi jangka panjang yang menyeluruh dan berkesan bagi mencapai visi dan misi Majlis Sukan Negara.

Bengkel tiga hari tersebut telah dihadiri lebih 30 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan MSN itu, telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Pada ucapan pembukaan bengkel tersebut, beliau turut menyentuh berkaitan hal-hal pengurusan peruntukan kewangan kerajaan dan etika perbelanjaan penuh integriti serta patuh dengan sop yang ditetapkan oleh jabatan.

2025 IBF WORLD CUP

Sukan : TENPIN BOLING

Tarikh : 05 – 15 Januari 2025

Tempat : Hong Kong, China

Keputusan Pertandingan

Men’s Singles

🥇– Jian Chao Du (CHN)

🥈– Rafiq Ismail (MAS)

🥉– Packy Hanrahan (USA) & Jaris Goh (SGP)

Women’s Singles

🥇– Natasha Roslan (MAS)

🥈– Birgit Noreiks (GER)

🥉– Daphne Tan (SGP) & Nora Johansson (SWE)

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SMK BUKIT RANGIN KE MSN

Seramai 36 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin telah mengadakan lawatan sambil ke Majlis Sukan Negara (MSN).

Kehadiran pelajar-pelajar tersebut ke Bukit Jalil itu dapat memberi pendedahan dan melawat ke pusat latihan serta fasiliti dan kemudahan atlet.

Selain itu juga, pelajar-pelajar tersebut turut diberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi utama MSN dalam pembangunan sukan di Malaysia.

Majlis Sukan Negara Malaysia