Acara – Menβs Keirin
Keputusan:
SAHROM Muhammad Shah Firdaus
shinji Nakano
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Jumaat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelaporan dan pencapaian program NHDP pada tahun 2024 serta menyusun kerangka dan hala tuju program NHDP bagi tahun 2025.
Turut hadir sama YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN dan En. Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat MSN.
GIRONA, SPAIN | 11 – 14 MAC 2025
WOMENβS DOUBLES (WD14-20)
Gold : Gloria Gracia Wong (MAS) | Van T Holt Anniek (NED)
Silver : Foskett Ewa Barbara | Marszal Katarzyna (POL)
Bronze : Hautiere Lucie | Caillaud Morgen (FRA) & Wong Yue Ching | Chiu Kan Shan (HKG)
MIXED DOUBLES (XD17-20)
Gold : Wlodyka Pawel | Foskett Ewa Barbara (POL)
Silver : Surtubayev Marat | Yerzhankyzy Altynay (KAZ)
Bronze : Brady Chin Zi Rong | Gloria Gracia Wong (MAS)
Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Jelajah Sahur bagi menyantuni petugas barisan hadapan yang sentiasa komited berkhidmat untuk negara.
Seramai 30 atlet dan jurulatih turun padang mengedarkan juadah sahur kepada anggota Balai Polis Sg. Besi, Balai Bomba Sg. Besi, Kem Perdana Sg. Besi, dan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.
Turut hadir memberikan sokongan, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, serta YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE.
Ucapan terima kasih kepada barisan penaja yang turut menjayakan program ini:
BubblesO2
Pace
Donut Cun
Semoga usaha ini membawa keberkatan dan mempereratkan hubungan antara atlet dan masyarakat.
Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Atlet Bilangan 1/2025 telah dipengerusikan oleh Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Mesyuarat ini berfungsi sebagai medium bagi atlet negara menyuarakan isu berkaitan keperluan latihan serta perkhidmatan yang disediakan kepada mereka.
Selain itu, mesyuarat ini juga menjadi platform untuk membincangkan kebajikan, kerjaya, dan pendidikan atlet bersama Sekretariat MACE.
Kuala Lumpur: Impian sandaran terbaik negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mara lebih jauh di Seluruh England lebur selepas beregu profesional nombor dua dunia itu tersungkur di pusingan kedua, sebentar tadi.
Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Sze Fei-Izzuddin tewas 16-21, 13-21 di tangan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam tempoh 36 minit.
Bagi Won Ho-Seung Jae, mereka berjaya membalas dendam selepas tewas kepada Sze Fei-Izzuddin pada pertemuan pertama di final Terbuka India, Januari lalu.
Kekalahan Sze Fei-Izzuddin menyaksikan berakhir sudah perjuangan beregu lelaki negara di kejohanan berprestj itu.
Sze Fei-Izzuddin sebelum ini dilihat menjadi sandaran terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan pemain negara di Seluruh England selepas mempamer lonjakan prestasi dan konsistensi yang ditunjukkan sejak tujuh bulan lalu.
Mereka menjuarai empat kejohanan Jelajah Dunia BWF, termasuk Terbuka Jepun, China, Artik 2024, serta Terbuka India 2025.
Mereka turut menjadi naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF Disember lalu.
Kali terakhir Malaysia menjuarai Seluruh England adalah menerusi Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki empat tahun lalu, manakala kejayaan beregu lelaki terakhir dicapai oleh Koo Kien Keat-Tan Boong Heong pada 2007.
Kuala Lumpur: Pearly Tan-M Thinaah terus menceriakan kem badminton negara apabila berjaya mara ke suku akhir kejohanan badminton Seluruh England.
Beregu wanita negara yang menduduki ranking kelima dunia itu meraih tiket berkenaan selepas menumbangkan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-16, 21-14 dalam tempoh 42 minit.
Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Pearly-Thinaah dilihat tenang mengawal permainan dan dapat merencana strategi dengan baik.
Kemenangan itu menyaksikan rekod pertemuan kini memihak kepada gandingan negara yang sudah menang empat daripada tujuh pertemuan sesama mereka.
Pada aksi suku akhir, Pearly-Thinaah akan bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Gandingan Jepun itu melangkah ke suku akhir selepas membenam cabaran wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-14, 21-19.
Terdahulu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meraih tiket ke suku akhir selepas menundukkan gandingan Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson 21-9, 21-10 hanya dalam tempoh 25 minit.
Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai menepati ramalan mara ke suku akhir kejohanan badminton Seluruh England.
Pada aksi pusingan kedua di Utilita Arena Birmingham, hari ini, Soon Huat-Shevon yang diletakkan selaku pilihan utama kejohanan, tidak berdepan masalah menundukkan gandingan Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson 21-9, 21-10 hanya dalam tempoh 25 minit.
Soon Huat-Shevon yang ketika ini menduduki ranking ketiga dunia, dilihat tidak perlu bermandi peluh apabila mendominasi perlawanan itu dengan mudah dalam kedua-dua set.
Pada aksi suku akhir, Soon Huat-Shevon akan bertemu wakil China, Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping, yang juga pilihan kelima kejohanan.
Zheng Bang-Dong Ping mara selepas menundukkan gandingan Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu 21-13, 21-17.
Kuala Lumpur: Pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari memulakan kempen Terbuka Australia dengan cemerlang apabila mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Lee Ka Yi pada pusingan kedua di Brisbane hari ini.
Pilihan kelima kejohanan itu, yang menerima bye pada pusingan pertama tidak berdepan banyak masalah untuk menundukkan Ka Yi 11-1, 11-5, 11-7.
Kemenangan ini turut memanjangkan rekod tanpa kalah Sivasangari ke atas lawannya itu kepada empat perlawanan berturut-turut dalam kejohanan yang berlangsung di Kelab Skuasy Sandgate, Brisbane.
Sivasangari kini akan bersaing untuk tempat ke separuh akhir menentang pilihan keempat dari Mesir, Rowan Elaraby, yang menamatkan harapan untuk pertemuan sesama pemain Malaysia selepas menewaskan Rachel Arnold 11-4, 12-10, 11-5.
Sementara itu, Aifa Azman mencuri tumpuan apabila mengejutkan pilihan ketujuh dari Mesir, Fayrouz Aboelkheir, 14-12, 7-11, 11-9, 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit.
Cabaran besar menanti Aifa, bukan pilihan apabila beliau bakal menentang pilihan kedua, Tinne Gilis selepas pemain Belgium itu mengalahkan Tsz-Wing Tong dari Hong Kong, 11-3, 11-6, 11-3.
Dalam saingan lelaki, pemain negara yang juga pilihan kelima, Ng Eain Yow, terpaksa menarik diri ketika permainan penentuan menentang pemain Mesir, Mohamad Zakaria, selepas ketinggalan 2-6.
Terdahulu Eain Yow memenangi dua set pertama, 11-9, 11-8 sebelum Mohamad bangkit untuk memenangi set ketiga dan keempat 11-5, 11-9 sebelum insiden kecederaan memaksa pemain negara itu menarik diri.
Kuala Lumpur: Malaysia memiliki peluang cerah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Sudirman 2025, yang dijadualkan berlangsung dari 27 April hingga 4 Mei di Xiamen, China, sekiranya barisan pemain berada dalam prestasi terbaik serta bebas daripada kecederaan.
Menerusi undian yang dijalankan secara maya di saluran YouTube BWF TV hari ini, Malaysia, yang menghuni ranking kelima kejohanan diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Perancis dan Australia.
Di atas kertas, Jepun dijangka menjadi cabaran utama buat skuad negara, manakala Malaysia perlu berhati-hati dengan kehadiran Perancis yang berpotensi menggugat peluang untuk berada dalam kelompok dua terbaik kumpulan.
Sebagai rekod, Malaysia masih belum pernah menjulang trofi Piala Sudirman sejak kejohanan diperkenalkan pada 1989 dengan pencapaian terbaik adalah mara ke separuh akhir sebanyak tiga kali, iaitu pada edisi 2009, 2021 dan 2023.
Sementara itu, juara bertahan China dijangka tidak berdepan masalah besar dalam Kumpulan A apabila diundi bersama Thailand, Hong Kong dan Algeria.
Kumpulan B menyaksikan persaingan antara Korea Selatan dan Taiwan bagi merebut dua kedudukan teratas dengan Kanada serta Republik Czech turut berada dalam kumpulan yang sama.
Kumpulan D pula boleh dianggap sebagai ‘kumpulan maut’ apabila mempertemukan Indonesia, Denmark, India dan England dalam saingan yang dijangka sengit.
China terus mendominasi kejohanan ini dengan 13 gelaran juara, diikuti Korea Selatan (3) dan Indonesia (1).