Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives 2025

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KBS 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 43 Pegawai dan Anggota Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2025 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Penyampaian anugerah berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor, hari ini.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa, dan negara.

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA  UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Melaka serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

220901– KAWALAN SERANGGAN PEROSAK/ANTI TERMITE

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/043/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK BERASAP (GENERAL PEST CONTROL & FOGGING) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 29 JULAI 2025 (SELASA)
TAKLIMAT : 30 JULAI 2025 (RABU/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS SUKAN MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
TARIKH TUTUP : 6 OGOS 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat turun di laman ini manakala dokumen sebut harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN TANDAS ASRAMA DEWAN LATIHAN, ‘GREASETRAP’, MANHOLE’ DAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN SECARA KONTRAK BERKALA DI KOMPLEKS MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN  UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) pembentungan dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

221010 – Kolam Kumbahan/Sisa Perawatan/Talian Paip/Sesalur

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/042/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN TANDAS ASRAMA DEWAN LATIHAN, ‘GREASETRAP’, MANHOLE’ DAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN SECARA KONTRAK BERKALA DI KOMPLEKS MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 29 JULAI 2025 (SELASA)
TAKLIMAT : 30 JULAI 2025 (RABU/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 6 OGOS 2025 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Perkhidmatan Air Negara (SPAN), PSijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

PERKHIDMATAN ‘HYGIENE CARE’ DI BANGUNAN PENTADBIRAN, KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020401 – PERALATAN & PERKAKASAN DOMESTIK
DAN
020403 – BAHAN PENCUCI DAN PEMBERSIHAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/039/2025 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN ‘HYGIENE CARE’ DI BANGUNAN PENTADBIRAN, KOMPLEKS MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH BUKA : 29 JULAI 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 7 OGOS 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn Norain Ahmad (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929051

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

Tour Gateh D’Tranung tarik 26 pasukan dalam dan luar negara

Kuala Terengganu: Biarpun berbaki tiga bulan lagi sebelum saingan Tour Gateh D’Tranung membuka tirainya pada Oktober ini, kehangatannya sudah mula dirasai.

Selain penyertaan pasukan terbaik Asia, Terengganu Cycling Team (TSG), 10 pasukan dari luar negara turut mengesahkan kehadiran untuk menyertai perlumbaan edisi keempat itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejohanan yang bakal bermula 25 Oktober hingga 3 November itu turut disertai 12 pasukan tempatan.

“Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM216,000 itu menarik kehadiran 12 pasukan tempatan dan 14 pasukan dari luar negara menjadikan keseluruhan 24 pasukan.

“Indonesia paling banyak menghantar pasukan iaitu Jakarta Pro Cycling Team, ASC Monsters Indonesia dan Pasukan Kebangsaan Indonesia manakala Thailand dan Filipina masing-masing menghantar dua pasukan.

“Selain TSG serta MPC, pasukan negeri serta kelab tempatan akan turut memeriahkan siri jelajah ini,” katanya pada sidang media Tour Gateh D’Tranung di Wisma Darul Iman, petang ini yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlumbaan pada edisi ini akan melalui semua daerah di Terengganu yang bakal bermula di Kuala Nerus dan berakhir di Kuala Terengganu.

Pandelela tarik diri selepas dua terjunan akibat cedera bahu kiri

Singapura: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter (m) platform seirama wanita bersama gandingannya, Lee Yiat Qing pada Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di sini, hari ini susulan kecederaan pada bahu kirinya.

Pasangan itu sempat melengkapkan dua daripada lima terjunan dengan mengumpul 87 mata sebelum pengumuman rasmi penarikan diri dibuat ketika pusingan kelayakan sedang berlangsung di Pusat Akuatik OCBC di sini.

Pandelela berkata, kecederaan yang dialaminya awal bulan ini masih boleh dikawal menerusi rawatan fisioterapi, namun ia kembali terasa semasa sesi memanaskan badan.

“Justeru, selepas dua terjunan, kami membuat keputusan untuk menarik diri demi faktor keselamatan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke venue untuk memberi sokongan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam sesi pagi tadi, pasangan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dan Yong Rui Jie gagal mara ke final acara papan anjal seirama 3m lelaki selepas sekadar menamatkan saingan di tempat ke-21 dengan 302.76 mata daripada 26 pasangan bertanding.

Sementara itu, perenang negara Khiew Hoe Yean gagal melayakkan, diri ke separuh akhir acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 1 minit 48.10 saat.

Beliau menduduki tempat keempat dalam saringan tiga dan ke-31 keseluruhan daripada 59 peserta.

Dalam perkembangan lain, pemenang pingat emas Sukan SEA, Phee Jinq En tidak memulakan saingan dalam acara 100m kuak dada wanita kerana mengalami masalah pada bahagian pinggul dan pangkal paha.

Ketua jurulatih renang negara, Eric Anderson berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan Jinq En memberi tumpuan kepada acara 50m kuak dada yang dijadual berlangsung pada 2 Ogos ini.

“Pasukan baru saja pulang daripada Sukan Universiti Dunia di Berlin dan ia bukanlah persiapan yang ideal.

“Itulah kejohanan utama yang menjadi sasaran kami untuk memuncak prestasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

BENGKEL SEMAKAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) MSN SUKU KEDUA 2025

YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, telah mempengerusikan Bengkel Semakan KPI MSN Suku Kedua 2025 yang diadakan pada 28 Julai 2025 di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur.

Bengkel ini melibatkan seramai 65 peserta merangkumi barisan Pengurusan Tertinggi MSN, Ketua Cawangan dan Penyelaras KPI setiap Bahagian/Sekretariat, dengan fokus kepada penilaian pencapaian program bagi tempoh April hingga Jun 2025.

Penekanan turut diberikan kepada keperluan pemantauan teliti serta penambahbaikan berterusan untuk memastikan sasaran strategik MSN dicapai menjelang akhir tahun 2025.

Malaysia gagal capai sasaran, catat rekod terburuk WUG sejak 1985

Essen, Jerman: Kontinjen Malaysia berdepan detik suram di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 apabila gagal mencapai sasaran tujuh pingat yang ditetapkan, sekali gus mencatat pencapaian paling buruk sejak mula menyertai temasya itu pada 1985 di Kobe, Jepun.

Daripada keseluruhan 64 atlet yang bertanding, Malaysia hanya membawa pulang satu pingat perak menerusi perenang negara Khiew Hoe Yean dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki dan satu gangsa menerusi pemain badminton perseorangan wanita Wong Ling Ching.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Datuk Prof Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff menyifatkan keputusan itu sebagai kurang bernasib baik, apabila beberapa acara yang disasarkan menyumbang pingat gagal diterjemahkan, antaranya badminton beregu campuran dan pasukan recurve wanita.

“Namun saya berpandangan aspek teknikal, taktikal dan mentaliti atlet perlu diperkasa bagi menghadapi kejohanan bertaraf dunia seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Mohd Hafiz turut mengakui kehadiran ramai atlet bertaraf Olimpik, terutama dalam acara olahraga, menjadi cabaran besar buat kontinjen negara.

Sebagai langkah ke hadapan, beliau berkata satu sesi pascanilai akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti kelemahan serta menambah baik persediaan menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Malaysia sebelum ini mula meraih pingat di WUG pada edisi 2017 di Taiwan dengan kutipan tiga perak dan empat gangsa, sebelum mencatat pencapaian terbaik di Chengdu, China pada 2023 dengan satu emas, satu perak dan lima gangsa.

WUG 2025 yang menampilkan lebih 8,500 atlet dari 150 negara melabuhkan tirainya awal pagi tadi waktu Malaysia, menerusi majlis penutup gilang-gemilang di Landschaftspark Duisburg-Nord, Duisburg.

Jepun muncul juara keseluruhan dengan 34 pingat emas, 21 perak dan 24 gangsa, diikuti China (30-27-17), dan Amerika Syarikat (28-27-29). Sementara itu, negara jiran Thailand mengutip dua emas, empat perak dan empat gangsa.

Edisi seterusnya WUG akan dianjurkan di Chungcheong, Korea Selatan pada 2027.

Misi Sukan SEA bermula dengan kilauan emas

Kuala Lumpur: Kapten pasukan Khairulnizam Mohd Afendy boleh menarik nafas lega apabila barisan pelayar negara menunjukkan prestasi meyakinkan menjelang Sukan SEA 2025 di Bangkok, Disember ini.

Pasukan SSL Team Malaysia yang dibarisi oleh Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof (Skipper), Nur Amirah Hamid (Main Trimmer), Abdul Latif Mansor (Pitman), Ahmad Syukri Abdul Aziz (Trimmer) dan Asri Azman (Bowman) menjuarai Kejohanan The PWE Cup – Match Racing selepas menewaskan River Rat dari Selangor 2-0 pada aksi final, semalam.

Lebih manis, kejayaan itu turut menjadi medan pemanas badan buat pasukan negara yang akan bersaing dalam acara Keelboat SSL 47 di temasya dwitahunan itu nanti.

“Alhamdulillah, kejayaan ini memberi suntikan semangat buat semua pelayar. Ia bukan saja menguji kemampuan teknikal dan taktikal kami, malah membina keserasian sebelum ke Sukan SEA,” kata Khairulnizam yang juga bekas olimpian negara.

Menurutnya, semua pasukan perlu melengkapkan pusingan round robin sebelum layak ke separuh akhir, dengan SSL Team Malaysia berjaya menewaskan UMT 1 bagi mengesahkan slot ke pentas final.

Kejohanan yang berlangsung di Kelab Pelayaran Diraja Selangor (RSYC) itu menghimpunkan 10 pasukan dari seluruh negara dan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA).

Ia juga berperanan sebagai platform persediaan terakhir pasukan sebelum menyertai Kelayakan Zon Asia bagi Kejohanan Star Sailors League (SSL) yang bakal berlangsung sejurus selepas tamat Sukan SEA – turut menggunakan kapal layar SSL 47.

Dua kejohanan ragbi Asia medan uji skuad sukan SEA

Kuala Terengganu: Kejohanan Ragbi Asia 7 Sebelah bakal menjadi aksi ‘pemanas badan’ buat pemain kebangsaan sebelum bertarung dalam saingan Sukan SEA di Bangkok pada Disember ini.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohamad berkata, dua siri kejohanan Asia itu bakal menjadi medan terbaik buat barisan kejurulatihan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan.

“Kita sasarkan pingat emas dalam saingan Sukan SEA di Bangkok pada 14 dan 15 Disember ini.

“Jadi dua kejohanan di peringkat Asia itu bakal menjadi medan terbaik buat barisan kejurulatihan untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pasukan.

“Kita harapkan pemain yang bakal terpilih mewakili negara pada kejohanan Asia di China pada 20 September dan 11 Oktober di Sri Lanka mampu meningkatkan lagi prestasi individu dan berpasukan sekali gus bakal memberikan motivasi berharga buat mereka sebelum bersaing dalam Sukan SEA nanti,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Asia Tenggara berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, petang semalam.

Ketika ditanya sasaran pada kejohanan Asia itu nanti, beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu akui saingan sengit dijangka bakal dilalui pemain.

Majlis Sukan Negara Malaysia