TAKLIMAT BERSAMA CHEF DE MISSION SEMPENA PERSEDIAAN TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Sesi Taklimat beraama Chef De Mission bagi 15 kontinjen Para Sukma sempena persediaan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan pada 8 Ogos 2024 jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Raia, Kuching, Sarawak.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 berkenaan persediaan Jawatankuasa Pengelola menuju ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Turut hadir semasa sesi taklimat ini ialah Datu Felicia Tan Ya Hua, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Delegasi CDM Para SUKMA juga telah mengadakan lawatan ke Hotel Grand Margherita bagi melihat proses Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) SUKMA XXI Sarawak 2024 yang sedang berlangsung.