SESI LIBAT URUS SUKAN SEA MALAYSIA 2027 BERSAMA SYARIKAT KORPORAT

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia telah hadir ke Sesi Libat Urus Sukan SEA Malaysia 2027 bersama Syarikat Korporat pada 6 Jun 2024 bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Tujuan program ini diadakan untuk menghimpunkan syarikat korporat yang berpotensi menjadi penaja selain mendapatkan maklumbalas berkenaan penyediaan syarikat untuk bersama-sama dalam penganjuran bagi temasya tersebut.