Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 22, 2024

PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA-tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

020404 – PERALATAN DAN PERKAKASAN DOMESTIK

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/012/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA
TARIKH BUKA : 22 APRIL 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 29 APRIL 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan): 03-89929946

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Lokasi Penapis><Harga Mesin Penapis Air><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

PERKHIDMATAN MEDIA DAN PROMOSI PROGRAM KHAS 2024 (NHDP, NRDP DAN NNDP)-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Maaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah mana-mana kod bidang berikut :-

221303 – FOTOGRAFI
222001 – MEDIA ELEKTRONIK
222009 – LAIN-LAIN MEDIA PENGIKLANAN

NO. SEBUT HARGA : MSN / SH / 022 /2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MEDIA DAN PROMOSI PROGRAM KHAS 2024 (NHDP, NRDP DAN NNDP)
TARIKH BUKA : 22 APRIL 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 29 APRIL 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Shukri Harun (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929616

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

KEJOHANAN SONIC INTERNATIONAL CLASSIC

Sukan : TENPIN BOLING

Tarikh : 17 – 22 APRIL 2024

Tempat : Singapura

Tournament Results

🥇 Izz Naqiuddin (MAS) (Pelapis Kebangsaan)

🥈Paiman Dali (SKL)

🥉Maria Rodrigez (COL)

4th – Rafiq Ismail (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia