BENGKEL PENILAIAN PROGRAM SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI 2024

Bengkel Penilaian Program Sukan Teras Prestasi Tinggi 2024 telah diadakan pada 27 hingga 28 Februari bertempat di Hotel Sunway Lagoon, Selangor. YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah hadir menyampaikan ucaptama pada hari pertama bengkel tersebut dijalankan.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari itu bertujuan menilai semula 103 jenis sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023 dan seterusnya mengenalpasti sukan yang seharusnya diberi tumpuan bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringat antarabangsa.