Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives December 2023

Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik – Megat Shahriman

Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini yang bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu.-Harian Metro

Empat emas Paralimpik Paris 2024 realistik

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini, bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu. – BERNAMA

BENGKEL PELAN PERIODISASI SUKAN PARA 2024

29 NOV – 1 DIS 2023

THE GRAND BEACH RESORT, PORT DICKSON

Seramai 87 orang peserta terdiri daripada wakil Majlis Paralimpik Malaysia, wakil Persatuan Sukan KebangsaanPSK), jurulatih, wakil Institut Sukan Negara(ISN) dan pegawai serta anggota Bahagian Para telah membincangkan dan menyelaraskan program-program bagi atlet sukan Para tahun hadapan.

Bengkel ini juga merancang dan membincangkan program-program bakat dan penambahan pingat bagi Temasya Sukan Paralimpik 2024 akan datang.

Hoki dapat talian hayat

PETALING JAYA: Skuad hoki negara mendapat talian hayat penting menuju ke kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris apabila dikekalkan dalam program Podium di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal selepas bersidang dengan Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di MSN Bukit Jalil, semalam.

Ini bermakna skuad hoki lelaki negara akan kekal mendapat bantuan sewajarnya, baik dari segi elaun mahupun kepakaran sains sukan bagi mempersiapkan pasukan lebih ampuh menjelang aksi kelayakan yang akan berlangsung di Muscat, Oman pada 13 sehingga 21 Januari 2024.

Bukan itu sahaja, MSN juga bersetuju untuk terus melanjutkan bantuan kepada skuad hoki wanita yang turut akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol pada 15 Januari ini.

“Jadi Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada MSN, terutamanya ketua pengarah yang baru, selepas berbincang, pasukan lelaki akan kekal dalam program podium sehingga Januari, tetapi untuk wanita, sebelum ini kontrak mereka dalam program Podium akan tamat pada Oktober sejurus selepas Sukan Asia Hangzhou, tetapi kita merayu agar mereka diberikan bantuan sehingga tamat kempen kelayakan pada Januari.

“Selepas kelayakan, keputusannya (sama ada kekal dalam program podium atau sebaliknya) akan ditentukan kemudian. Di pihak MHC, kami juga perlu menimbang dan melihat dengan terperinci daripada semua aspek, ia adalah berdasarkan kitaran empat tahun Sukan Olimpik. Segala perancangan akan ditentukan bergantung kepada keputusan kelayakan ini.

“Jadi tumpuan kami adalah kelayakan Sukan Olimpik pada Januari, skuad remaja pula untuk Piala Dunia yang akan bermula pada minggu hadapan,” kata Subahan.

Terdahulu, skuad hoki lelaki negara hilang keistimewaan setelah digugurkan dalam program sukan elit, Road to Gold (RTG) susulan kegagalan mereka menyambar pingat emas di Sukan Asia Hangzhou September lalu.

-Utusan Malaysia

Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia edisi negeri Sabah

Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia edisi negeri Sabah bersama Persatuan E-Sports Sabah telah berlangsung pada 29 & 30 November yang lalu bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.

Program Jelajah Juara E-Sports Malaysia ini merupakan kerjasama diantara Majlis Sukan Negara dan Persatuan E-Sports negeri bertujuan untuk melahirkan juara-juara baru bagi sukan elektronik di Malaysia.

Majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah, Majlis Sukan Negeri Sabah.

Teruskan bersama kami untuk melihat perjalanan program ini dan anda mungkin juara yang kami cari!

Majlis Sukan Negara Malaysia