Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Tahap 1, Siri 02/2023

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Tahap 1, Siri 02/2023 (Program Wanita Dalam Sukan) telah dianjurkan oleh Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, MSN dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Badan Sukan, Bahagian Pengurusan Acara telah berlangsung pada 13 hingga 15 Disember 2023.

Kursus kali ini menumpukan kepada Program Sukan Wanita Para dengan penglibatan Guru Wanita Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap penekanan yang diberikan berkenaan pengetahuan asas kemahiran tadbir urus pengurusan dalam bidang kepegawaian sukan para diperingkat sekolah pendidikan khas selari dengan usaha pemerkasaan wanita dalam Program Wanita Dalam Sukan.

Majlis Penutup Kursus ini pula telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Safrushahar Yusoff,

Pengarah Bahagian Bakat & Pembangunan Wanita, Majlis Sukan Negara Malaysia.