Majlis Sukan Negara (MSN) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Y.A.M Tunku Puteri, Tunku Puan Sri Dato’ Seri Jawahir Almarhum Tuanku Ja’far, Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara MSN dan MALGA, khususnya dalam memperkasa pembangunan sukan golf wanita di Malaysia.
Y.A.M Tunku Puteri telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Zulfaqar, UPNM.
Majlis menandakan permulaan kerjasama strategik dalam pembangunan program akademik berasaskan Work-Based Learning (WBL), satu inisiatif yang memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan warga MSN untuk melanjutkan pengajian tinggi melalui kaedah APEL A, yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan masuk ke universiti.
Majlis ini dimeterai oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN dan YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor UPNM.
Kerjasama ini menjadi pencetus kepada usaha melahirkan atlet berpendidikan tinggi, yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan kecemerlangan dalam sukan
Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan (PTWDS) 2026–2030 yang bertujuan memperkukuh ekosistem sukan negara ke arah yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing.
Pelan ini dijangka memberi manfaat menyeluruh dalam memperluas penyertaan wanita sebagai atlet, jurulatih, pengurus dan pemimpin sukan, serta memperkasakan institusi sukan agar lebih responsif terhadap kesaksamaan gender dan tadbir urus yang mampan.
Usaha ini seiring dengan komitmen negara dalam menjadikan sukan sebagai medium pembangunan insan yang menyeluruh tanpa mengira jantina.
Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Kejurulatihan pada 16 Julai 2025 bertempat di The Pearl, Kuala Lumpur.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan menambah baik garis panduan sedia ada yang mula diperkenalkan sejak tahun 2018.
Usaha ini sejajar dengan komitmen MSN dalam memastikan sistem kejurulatihan negara sentiasa relevan, efektif dan berpandukan amalan terbaik semasa.
Karnival Pencarian Bakat Sukan Para Zon Timur telah diadakan pada 13 hingga 14 Julai 2025 bertempat di Ar-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Seramai 55 orang peserta telah menyertai karnival ini, melibatkan tiga kategori iaitu kecacatan fizikal (PI), kecacatan penglihatan (VI) dan juga lemah pembelajaran (II).
Program ini menjadi medan saringan penting dalam usaha mengenal pasti atlet para masa depan negara.
Atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah dinobat Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2024.
Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2024 itu menewaskan 4 calon lain iaitu beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh boling wanita Sin Li Jane, pelari menara Soh Wai Ching dan jaguh wushu wanita, Tan Cheong Min.
Jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin pula memenangi anugerah Atlet Para terbaik buat kali ketiga, menewaskan Cheah Liek Hou (para badminton), dan 3 wakil para olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) dan Eddy Bernard (100m T44).
Turut mecipta sensasi, perenang muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry yang diangkat sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik.
Hadiah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Majlis Anugerah SAM-100PLUS mempertandingkan 13 kategori termasuk Anugerah Siebel, Anugerah Fotografi Sukan Terbaik, Anugerah Pengulas Sukan Popular dan Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM.
Majlis Sukan Negara (MSN) telah melaksanakan Program PRIME: Mentaliti Juara Berprestasi Tinggi yang menghimpunkan seramai 19 orang Ketua Cawangan MSN dalam program pembangunan kepimpinan berimpak tinggi.
Dirangka secara interaktif, reflektif dan praktikal, program ini memberi penekanan kepada pembentukan minda berprestasi tinggi, kepimpinan strategik dan pengukuhan nilai peribadi dalam organisasi.
Pendekatan ini diyakini mampu melahirkan pemimpin pelapis yang berjiwa besar, inspiratif dan holistik bukan sekadar melaksanakan tugasan, tetapi membina pasukan serta memacu prestasi organisasi ke arah kecemerlangan berterusan.
Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persatuan Karate Malaysia (MAKAF) telah mengadakan Program Akademi Karate Malaysia 2025 bertempat di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka.
Program yang berlangsung pada 4 hingga 10 Julai ini telah menghimpunkan 110 atlet yang berumur daripada 13 hingga 16 tahun. Inisiatif ini menjadi platform perkongsian dan pendidikan atlet dan jurulatih negeri bersama atlet pelapis kebangsaan dan jurulatih kebangsaan.
Selain itu, mengkhususkan penglibatan atlet program bakat dari setiap negeri serta persediaan kepada atlet dan jurulatih untuk kejohanan-kejohanan dalam negara khususnya persediaan atlet bagi penyertaan ke temasya SUKMA.
Hari kedua program diteruskan sesi perkongsian oleh Syahirah Latiff, Pengurus Latihan dan Pendidikan, Suruhanjaya Sukan Selamat Singapura dalam menekankan pendekatan berstruktur dan strategik dalam membudayakan pendidikan sukan selamat di peringkat akar umbi hingga kebangsaan.
Selain itu memperkenalkan Panel Sukan Selamat MSN yang berperanan sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan Kod Sukan Selamat, dan menyokong usaha Focal Point di peringkat persatuan sukan.
Program ini sejajar dengan komitmen Malaysia memperkukuh ekosistem sukan yang selamat, inklusif dan bebas daripada salah laku.