Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN ATLET BIL 1/2024

YBrs. Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil, Pengarah Bahagian Atlet telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Atlet Bilangan 1 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 20 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi ruang atlet-atlet yang mewakili sukan masing-masing menyalurkan maklumat berkenaan permasalahan berkaitan keperluan latihan, penginapan yang dapat dibincang dan diselesaikan bersama. Selain itu, ia merupakan sebagai platform wakil atlet untuk mengutarakan berkenaan kebajikan, kerjaya serta pendidikan.

Mesyuarat ini juga dapat menjadi medan buat pengurusan MSN menyalurkan maklumat-maklumat program latihan semasa yang perlu dimaklumkan kepada semua atlet. Antara perwakilan atlet yang hadir termasuklah dari sukan Akuatik renang, terjun, gimrama, menembak, tenpin boling, karate,pencak silat, wushu, sepak takraw, skuasy, ping pong, olahraga, taekwondo dan angkat berat.

11th SENIOR MEN’S ARTISTIC GYMNASTIC ASIAN CHAMPIONSHIP 2024, TASHKENT, UZBEKISTAN

14-19 Mei 2024

FINALS VAULT

Nama : Sharul Aimy

Event : Vault

Rank : 3/8

Score : 14.466

Emas – PHI (14.883)

Perak – UZB (14.783)

Gangsa – MAS (14.466)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1, ZON UTARA 2024 – PROGRAM WANITA DALAM SUKAN

Satu kursus Sains Sukan tahap 1 telah diadakan pada 13 hingga 17 Mei 2024 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, MSN dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), ISN.

Seramai 32 orang peserta telah hadir ke kursus yang telah berlangsung selama 5 hari itu merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan.

JUNIOR CYCLING MALAYSIA SIRI 4 2024 – PERLIS

JCM Siri 4-2024 Perlis bermula hari ini dengan acara lumba berperingkat yang bermula di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Seramai 110 pelumba mewakili 18 pasukan telah mengambil bahagian dengan jarak perlumbaan sejauh 108.3km.

Pelumba nombor 111, Muhammad Faheem Razen bin Zaini dari Pasukan Johor berjaya menyarung jersi kuning. Jersi hijau menjadi milik M. Iskandariah Medina manakala jersi merah berjaya ditawan oleh Nasrul Firas bin Ridzuan, masing-masing dari Team Aqua Two Cyclomotion.

Pelepasan pelumba telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis bersama Puan Siti Jueriana daripada Unit Komunikasi Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

PROMOSI MAKANAN BERTEMAKAN NUTRISI PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

Unit Perkhidmatan Makanan, Cawangan Hospitaliti Majlis Sukan Negara telah mengadakan Promosi Makanan bertemakan Nutrisi – Prebiotik dan Probiotik di Kafeteria Atlet Time Out MSN Bukit Jalil pada waktu Makan Tengah Hari, hari ini.

PROBIOTIK ialah ‘bakteria baik’ yang terdapat secara semulajadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan yang boleh menggalakkan kesihatan penghadaman. PREBIOTIK pula ialah bahan yang menggalakkan pertumbuhan dan aktiviti mikro organisma (probiotik) di dalam usus.

Pelbagai menu istimewa dan menarik menggunakan sumber-sumber Probiotik dan Prebiotik telah disediakan kepada atlet negara bagi meningkatkan kesedaran serta menambahkan pengetahuan atlet mengenai khasiat Probiotik dan Prebiotik di dalam kesihatan usus.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Teriyaki Tempe Vege Burger, Kimchi Cheese on Toast, German Sauerkraut & Potato Ball, Gherkin, Blueberry Yoghurt Cheese Cake dan Iced Black Tea Lemonade.

Menu disediakan oleh Chef profesional di Kafeteria Atlet dengan seliaan Pegawai Dietetik MSN, Puan Sahazliza dan Puan Haslina.

BENGKEL PEMBENTANGAN PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) MSN SUKU PERTAMA TAHUN 2024

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah hadir menyampaikan ucaptama pada Bengkel Pembentangan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MSN suku MSN bagi tahun 2024 yang diadakan pada 15 Mei 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan bengkel KPI ini diadakan adalah untuk menilai, menyemak dan membentangkan program-program yang telah dilaksanakan bagi tempoh suku pertama (Jan-Mac) 2024. seramai 50 orang peserta termasuk Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Cawangan dan juga Penyelaras KPI MSN dimana Pengarah atau Wakil dari setiap bahagian atau sekretariat perlu membuat pembentangan. KPI MSN ini juga akan dipantau secara berkala dan akan dibentangkan setiap sukuan (4 kali setahun).

MAJLIS PENGENALAN PASUKAN SEMPENA JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS

Majlis Pengenalan 18 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berbasikal Junior Cycling Malaysia (JCM) Siri 4-2024 Perlis telah berlangsung di Dewan Bankuet Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis pada 15 Mei 2024.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Wan Zikri Afthar Ishak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu & Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif Negeri Perlis.

Turut hadir sama ke majlis tersebut, Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Dewan Undangan Negeri Pauh, Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Saad, Dewan Undangan Negeri Simpang Empat serta Pengarah Majlis Negeri Perlis, Tuan Mohd Azraai Zain bin Tusimin.

MESYUARAT PENGURUS DAN PENGUNDIAN PASUKAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) SIRI 4-2024 PERLIS.

Mesyuarat Pengurus dan Pengundian Pasukan JCM Siri 4-2024 Perlis telah diadakan bertempat di Majlis Sukan Negeri Perlis pada rabu. Sebanyak 18 pasukan melibatkan 109 pelumba akan bertanding acara lumba berperingkat yang akan berlangsung pada 16-18hb Mei ini.

Acara Kriterium juga turut diadakan pada hari terakhir program ini bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar.

MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN MEMANAH PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Memanah Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 10 Mei yang lalu bertempat di Velodrom MSN, Nilai.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia serta Jurulatih dan Atlet.

JAPAN TRACK CUP

10-12 Mei 2024

Izu Velodrome

Hari Ketiga

Men Elite Keirin

🥇Ota Kiaya

🥈Kento Yamasaki

🥉Dato Mohd Azizulhasni Awang

Majlis Sukan Negara Malaysia