Sekitar aksi hari pertama Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 perlawanan pertama peringkat kumpulan B, Terengganu menentang Johor di Stadium Tun Zaidi Adruce, Sibu.
Keputusan penuh:
Terengganu vs Johor (0-1)





Sekitar aksi hari pertama Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 perlawanan pertama peringkat kumpulan B, Terengganu menentang Johor di Stadium Tun Zaidi Adruce, Sibu.
Keputusan penuh:
Terengganu vs Johor (0-1)





Kontinjen Malaysia pada edisi Olimpik Paris kali ini dibarisi oleh 26 orang atlet daripada 9 jenis sukan telah meraih 2 pingat gangsa menerusi Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki) dan Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan sebanyak 3 rekod kebangsaan berjaya di pecahkan melalui Mohamad Aniq Kasdan, Dato’ Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati.
Pada masa yang sama 5 catatan terbaik peribadi telah dicatatkan oleh atlet negara melalui Syaqiera Mashayikh (Memanah), Muhammad Shah Firdaus (Berbasikal Trek), Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (Berbasikal Trek), Nurul Izzah Izzati (Berbasikal Trek) dan Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat).
Merci beaucoup Paris, See you in LA 2028!
Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam kemalangan ketika selekoh terakhir acara final keirin dan menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.
Syabas dan tahniah Shah. 6 terbaik dunia. Terima kasih kerana telah berjuang habis-habisan![]()
![]()
![]()





Walau pun menamatkan separuh akhir kedua di kedudukan keempat, Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke final acara keirin selepas pelumba di kedudukan ketiga, Ota Kaya dari Jepun disahkan tersingkir sekaligus memberikan slot final kepada Shah Firdaus.
Lets do this Shah![]()
![]()





Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke peringkat separuh akhir acara keirin selepas menamatkan saingan suku akhir pertama di kedudukan ketiga.
Lets do this Shah![]()
![]()





Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang OLY pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.
Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau. Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.
DATUK HAMIDIN MOHD AMIN
Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024
Mohd Shah Firdaus Sahrom mara ke peringkat suku akhir acara keirin selepas menduduki tempat pertama pusingan repechage sebentar tadi.
Keep it up Shah
Ayuh semua berikan sokongan kepada Shah![]()




Mohd Shah Firdaus Sahrom akan beraksi di pusingan repechage sebentar lagi selepas menamatkan saringan kelima acara keirin di kedudukan ketiga.
You can do it Shah![]()



Jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya dalam acara keirin selepas melakukan kesilapan dibelakang ‘derny’ sebelum loceng permulaan dibunyikan.





Mohamad Aniq Kasdan, Atlet Angkat Berat telah tiba di tanah air pada Sabtu. Badang negara itu menamatkan saingan kategori 61kg lelaki di kedudukan ke-4 dengan rekod kebangsaan baharu 297kg dicipta pada penampilan pertamanya di pentas olimpik. Turut hadir sama, Encik Joherman Amir, Pemangku Pengarah Khidmat Pengurusan, MSN.







