Perjalanan atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 terhenti di pusingan 1/16 selepas tewas tipis 5-6 kepada lawan dari Brazil, Ana Luiza.
Comeback stronger


Perjalanan atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 terhenti di pusingan 1/16 selepas tewas tipis 5-6 kepada lawan dari Brazil, Ana Luiza.
Comeback stronger
Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah mencatat kemenangan kedua kumpulan A dengan menewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-9 sekaligus mara ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan A.
Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan terakhir kumpulan A.
Aaron-Wooi Yik tewas 22-24, 14-21 kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dan mara ke peringkat suku akhir sebagai naib juara kumpulan.
Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei memulakan perlawanan pertama kumpulan H dengan nota kemenangan selepas menewaskan lawan dari Afrika Selatan, Johanita Scholtz 23-21, 21-11.
Aksi beregu campuran negara, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei ketika menentang Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China.
Tan Jie-Ee Wei bangkit dari ketinggalan set pertama dengan menguasai dua set berikutnya untuk kemenangan 17-21, 21-15, 21-16 sekaligus melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan D.
Fiesta Bakat di Karnival UDA 2024 di Dataran Gravitas Pulau Pinang memasuki hari terakhir dengan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada Kejohanan Bola Jaring 3 lawan 3 Bawah 14 tahun, Kejohanan Memanah Mini Recurve, Kejohanan Bola Sepak Satu Lawan Satu dan cabutan nama bertuah. Majlis Perasmian Penutup Karnival telah disempunakan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang
Aksi kedua beregu campuran, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei dalam kumpulan D.
Tan Jie-Ee Wei menang straight set ke atas Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22.
Syabas dan tahniah
Aksi perenang negara, Tan Rouxin ketika saringan acara 100 meter kuak dada wanita.
Rouxin catat 1 minit 12.50 saat untuk kedudukan ke 33 keseluruhan dan gagal menempah slot separuh akhir.
Comeback stronger
Aksi atlet memanah negara ketika saingan recurve berpasukan wanita pusingan 1/8.
Kem memanah negara tewas 3-5 kepada pasukan Indonesia sekaligus gagal ke peringkat seterusnya.
Comeback stronger