Sekitar aksi 4×100 meter akhir lelaki dan wanita di Stadium Sarawak, Petra Jaya hari ini.
Kuartet dari Selangor berjaya menggungguli saingan hari terakhir SUKMA bagi sukan Olahraga dengan menghadiahkan 2 pingat emas masing-masing menerusi acara 4×100 meter lelaki dan wanita.
Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 5 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Waterfront pada Jumaat.
Seperti kebiasaan dan amalan pelaksanaan Mesyuarat ini adalah bagi membincang dan menyelesaikan isu – isu berbangkit menjelang hari – hari akhir SUKMA XXI Sarawak 2024.
SEPANG – Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh telah menyempurnakan acara Sending Off Kontinjen Negara Ke Temasya Paralimpik Paris 2024 pada awal pagi tadi di Anjung Tinjau KLIA 1.
Kumpulan 19 orang atlet termasuk 13 jurulatih dan pegawai pengiring berlepas ke Paris awal pagi ini manakala kumpulan akhir atlet para akan bertolak pada Ahad ini.
Temasya Paralimpik bakal membuka tirainya bermula 28 Ogos hingga 8 September ini dimana kontinjen negara menghantar 30 orang atlet untuk menyertai 8 jenis sukan dan 38 acara.
Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia YH Dato’ Seri Megat D Shahriman Dato’ Zaharuddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara YBrs. En. Abdul Rashid Yaakub
Majlis Makan Malam SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan bertempat di Borneo Convention Centre (BCCK), Kuching.
Majlis yang disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah dihadiri oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Turut hadir sama pada Majlis malam tersebut YB Prof. Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
KAMPUNG PANDAN – Kem Akhir Atlet Para ke Temasya Paralimpik Paris 2024 diadakan bermula 21 & 22 Ogos di Pusat Kecemerlangam Paralimpik di Kampung Pandan.
30 orang atlet yang layak ke temasya Paralimpik Paris 2024 berkumpul bersama barisan jurulatih bagi persediaan akhir demi menghadapi temasya terbesar dunia itu.
Sesi sebelah pagi dimulakan dengam pendaftaran diikuti Majlis Perasmian Kem oleh Encik Mohd Sofian Hamzah, Pengarah Bahagian Para MSN manakala pada sebelah petang pula diadakan Majlis Amanat Ketua Kontinjen Para ke Paris bersama YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair.
Sesi penyerahan penajaan daripada Zero Healthcare, Skechers dan Voltra kepada kontinjen turut diadakan bagi menyemarakkan semangat atlet yang berjuang di Paris nanti.
Turut hadir semasa sesi penyerahan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YH Dato’ Seri Megat D Shahriman Dato’ Zaharuddin.