Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menerima lawatan akademik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan pada 13 Jun 2025. Delegasi lawatan terdiri daripada 42 orang pelajar Semester 6 jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, yang turut diiringi oleh dua orang pensyarah.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai pengurusan sukan berprestasi tinggi, khususnya dalam konteks pembangunan sukan para negara.
Turut hadir menyambut delegasi adalah Pengarah Bahagian Para, Encik Joherman Amir, yang turut berkongsi aspirasi dan hala tuju pembangunan sukan para di Malaysia.
YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), telah mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Kehadiran rasmi ke mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan status terkini penganjuran Temasya Sukan SEA ke-34 yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada tahun 2027.
Edisi ke-34 ini akan dianjurkan secara hos bersama melibatkan Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor, selaras dengan komitmen Malaysia untuk menganjurkan temasya bertaraf antarabangsa dan inklusif.
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) hari ini mengumumkan senarai atlet Program RTG dan Fast Track bagi tahun 2025.
12 atlet yang diumumkan untuk Program RTG adalah 8 daripada sukan badminton, dua dari sukan berbasikal dan masing-masing seorang dari sukan angkat berat dan skuasy.
Antara muka baru yang diserapkan ke dalm program RTG adalah pemain skuasy negara, S.Sivasangari dan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Senarai atlet untuk Program Fast Track pula menyaksikan 3 daripada sukan memanah dan seorang dari sukan skuasy.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah yang mempengerusikan Mesyuarat RTG turut mengumumkan jawatankuas RTG meluluskan permohonan menjurus kepada keperluan tambahan dan penyertaan kejohanan penting bagi memperkukuh prestasi atlet ke arah Sukan Olimpik LA 2028.
13 atlet program RTG dan Fast Track turut hadir menandatangani perjanjian komitmen RTG dan Fast Track.
Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menerima kunjungan daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 6 Jun 2025. Kunjungan dari wakil BSN yang terdiri daripada Puan Anes Juwita, Puan Nor Asmelia dan Puan Fatin Nasuha dari Bahagian Rangkuman Kewangan BSN adalah bertujuan untuk memperkasakan literasi kewangan di kalangan atlet, khususnya bagi atlet-atlet para negara.
Menerusi program jangka pendek ini, BSN berhasrat untuk membina kesedaran dan konsistensi dalam amalan menyimpan di kalangan atlet-atlet negara. Selain itu, BSN juga memperkenalkan beberapa insentif khusus bagi membantu kumpulan masyarakat yang terdedah kepada isu kewangan.
Kem Bakat Olimpik bagi Sukan Taekwondo Siri 1/2025 sedang berlangsung pada 30 Mei hingga 5 Jun 2025 bertempat di Ar Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Kem latihan ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang atlet, 14 jurulatih dan 5 orang panel pakar, sebagai sebahagian daripada persediaan intensif menjelang Kejohanan Kadet & Junior Asia 2025 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Julai nanti.
Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet muda negara di peringkat antarabangsa serta menyokong hala tuju pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.