Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara Malaysia berbesar hati menerima kunjungan daripada SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak ke Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Seramai 40 pelajar dan guru hadir dalam lawatan ini yang memberi peluang untuk meninjau fasiliti serta venue latihan atlet kebangsaan, di samping memahami dengan lebih mendalam peranan MSN dalam pembangunan sukan negara.

Lawatan ini turut memberi inspirasi melalui perkongsian kisah kejayaan atlet serta pendedahan kepada program-program latihan berprestasi tinggi dan pembangunan akar umbi.

PERHIMPUNAN ATLET PARA

Majlis Perhimpunan bersama atlet para dan jurulatih di bawah program MSN diadakan hari ini bersama Pengarah Bahagian Para, En. Joherman Amir dan pegawai Bahagian Para.

Pada perjumpaan yang diadakan di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan itu, En. Joherman berkongsi mengenai temasya-temasya utama yang akan disertai atlet para pada tahun ini.

Ini juga merupakan perjumpaan pertama En. Joherman bersama atlet para negara selepas dilantik sebagai Pengarah Bahagian Para.

IQUW BERMUDA OPEN 2025

Tarikh: 30 April – 3 Mei 2025

Tempat: Devonshire, Bermuda

Aira Azman mencipta sejarah peribadi apabila merangkul kejuaraan pertamanya dalam PSA Squash Tour 2025.

Beliau menewaskan Hana Moataz dari Mesir dengan kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam pusingan akhir IQUW Bermuda Open 2025.

16TH ASIAN LAWN BOWLS & 14TH U25 ASIAN LAWN BOWLS CHAMPIONSHIP 2025

Tarikh : 28 April – 4 Mei 2025

Tempat : Clark, Filipina

KEPUTUSAN

MSIN (MEN’S SINGLES)

Izzat Shameer (MAS)

🥇 HKG

🥈 PHI

🥉 MAS/JPN

MFOU (MEN’S FOURS)

Soufi, Idham, Naufal, Amirul (MAS)

🥇 MAS

🥈 IND

🥉 PHI/THA

WPAI (WOMEN’S PAIRS)

Aleena & Ain (MAS)

🥇 MAS

🥈 IND

🥉 PHI/SGP

WTRI (WOMEN’S TRIPLES)

Alyani, Balqis & Syafiqah (MAS)

🥇 IND

🥈 MAS

🥉 JPN/HKG

BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (NFDP)

Sekitar pelaksanaan Bengkel Penstrukturan Semula Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 29 dan 30 April 2025 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Bengkel ini bertujuan membincangkan hala tuju baharu pelaksanaan NFDP dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa pembangunan bola sepak negara.

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL SUKAN MALAYSIA BIL. 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan cadangan sukan dan acara serta membincangkan pelan tindakan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) menjelang temasya SUKMA Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah penamaan calon Ketua Delegat Teknikal, cadangan calon Pengurus Pertandingan, pengesahan acara serta tempoh dan hari pertandingan, penyediaan jadual serta peraturan pertandingan, dan keperluan pegawai teknikal yang dicadangkan bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya tersebut.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI ASIA NEW ZEALAND FOUNDATION KE MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Sukan Negara menerima kunjungan hormat delegasi Sports Leaders dari Asia New Zealand Foundation pada 29 April 2025 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan New Zealand.

Delegasi seramai tujuh orang yang diketuai Pengurus Program Sukan, Puan Kirsty Sharp, sempat mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, dan barisan pengurusan tertinggi MSN sebagai medan perbincangan dan bertukar pandangan, perkongsian idea serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan sukan.

BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN MSN & MS NEGERI

Bengkel Penyelarasan Program Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri telah berlangsung pada 28 April 2025 di Hotel Dorsett Grand, Subang.

Bengkel ini diadakan bagi tujuan menyelaras perancangan dan pelaksanaan Program Pembangunan Sukan di peringkat kebangsaan dan negeri, khususnya sebagai persediaan menuju SUKMA 2026, agar pelaksanaannya lebih terarah, efektif, dan selaras dengan objektif pembangunan atlet negara.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI DAN BENGKEL PENYERTAAN ATLET WANITA DALAM SUKMA & SUKAN PRESTASI TINGGI

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama Majlis Sukan Negeri.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk membuka ruang dialog dua hala antara pihak pengurusan tertinggi MSN bersama wakil dari Majlis Sukan Negeri.

Selain itu, di sebelah malam turut berlangsung bengkel penyertaan atlet wanita dalam Sukan Malaysia dan sukan prestasi tinggi.

9TH MARRAKECH 2025 WORLD PARA ATHLETICS GRAND PRIX

Tempat : Marrakech, Morocco

Tarikh : 21-26 April 2025

RUMUSAN KEPUTUSAN

🥇

1. Muhammad Ziyad Zolkefli (Shot Put F20)

2. ⁠⁠Wong Kar Gee (Long Jump T12)

3. ⁠Badrul Hisam Musa (Shot Put F13)

4. ⁠Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi (100m T12) – Pelapis Kebangsaan

🥈

1. Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (100m T12)

2. ⁠Mohd Shahmil Md Saad (Shot Put F56)

3. ⁠Muhammad Amirul Alif Abdul Raof (Discus F55)

4. ⁠Muhammad Faiz Haizat Rosdi (1500m T38)

5. ⁠Ahmad Fizzi Rosni (400m T36)

🥉

1. Zulkifly Abdullah (Long Jump T20)

2. Mohamad Saifuddin Ishak (Long Jump T12)

3. ⁠Aliff Shafiq Muhamad (Discus F57) – Pelapis Kebangsaan

Majlis Sukan Negara Malaysia