Majlis Sukan Negara Malaysia
KEM BAKAT OLIMPIK TAEKWONDO KEBANGSAAN SIRI 1/2025

Kem Bakat Olimpik bagi Sukan Taekwondo Siri 1/2025 sedang berlangsung pada 30 Mei hingga 5 Jun 2025 bertempat di Ar Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kem latihan ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang atlet, 14 jurulatih dan 5 orang panel pakar, sebagai sebahagian daripada persediaan intensif menjelang Kejohanan Kadet & Junior Asia 2025 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Julai nanti.

Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet muda negara di peringkat antarabangsa serta menyokong hala tuju pembangunan sukan berprestasi tinggi negara.

26th ASIAN ATHLETICS CHAMPIONSHIP GUMI 2025

Tarikh : 27-31 Mei 2025

Tempat : Gumi, Korea Selatan

DISCUSS THROW MEN

Gold : CHN – 63.47m

Silver : JPN – 60.38

Bronze : Irfan Shamsudin (MAS) – 58.82

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung pada 26–28 Mei 2025 di Dewan Kuliah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar UMS telah menyertai kursus ini bagi memperkukuh ilmu dalam bidang pengurusan sukan.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan, bersama barisan panel serta wakil UMS.

KUNJUNG HORMAT EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan sukan di negeri Johor serta mempelajari struktur tadbir urus sukan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Delegasi Johor telah disambut oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para, Encik Mohd Yazid Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Bakat dan En. Ahmad Khawari Mohd Isa, Ketua Komunikasi Korporat MSN.

Turut hadir mengiringi YB EXCO ialah YBhg. Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

INCHEON 2025 GYEYANG OPEN

20 – 25 May 2025

Event : Foreign Recurve Women

Result :

🥇Sonoda Waka (DENSO)

🥈Joey Tan Xing Lei (MAS)

🥉Gomboeva Svetlana (CSP)

🥉Makhmudova Nurnisso (CSP)

PATTAYA 2025 WORLD BOCCIA ASIA-OCEANIA REGIONAL CHAMPIONSHIP

19-28 Mei 2025

Result – Day 4 (25 Mei)

Acara: BC1 Wanita

Keputusan Akhir

🥇Endo Hiromi (JPN)

🥈Angeline Melissa Lawas (MAS)

🥉Handayani (INA)

Acara: BC4 Wanita

Keputusan Akhir

🥇Lin Ximei (CHN)

🥈Kim Yubin (KOR)

🥉Noor Askuzaimey Mat Salim (MAS)

‘SPORTS ICON TOUR’ SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 NEGERI JOHOR

Johor Bahru – Kementerian Belia Dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara hari ini mengadakan Sports Icon Tour sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 di Center Atrium, Pusat Beli Belah Toppen.

Untuk program kali ini, MSN membawa Bekas Ratu Para Olahraga Negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arrifin untuk berkongsi pengalaman pahit dan manis beliau sepanjang bergelar atlet negara dan bertemu mesra bersama pengunjung yang hadir.

PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 23 Mei 2025 – Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor secara rasmi bermula hari ini dan berlangsung selama tiga hari sehingga 25 Mei 2025 di Pusat Beli Belah Toppen, Johor Bahru.

Program yang mengangkat tema “Belia MADANI, Yakin Boleh” tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi negeri Johor dan Negaraku, diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh atlet berbasikal kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, turut disertai barisan atlet negara kelahiran Johor dan atlet pembangunan negeri.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian insentif Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK), serta Geran SejaTi MADANI sebagai langkah menyokong pembangunan sukan, komuniti dan kepimpinan belia di peringkat akar umbi di Johor.

SESI TAKLIMAT KESEJAHTERAAN BERSAMA AARON ALSOP

Sesi Taklimat Kesejahteraan anjuran Majlis Sukan Negara telah diadakan pada 16 Mei 2025 yang disampaikan oleh Aaron Alsop, pakar dalam pengurusan sukan dan jurulatih sukan berprestasi tinggi yang berpengalaman di Samoa, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Aaron Alsop berkongsi strategi dan pentingnya kesejahteraan dalam meningkatkan prestasi atlet negara.

Beliau menekankan prestasi atlet tidak hanya bergantung kepada latihan fizikal semata-mata, tetapi kepada pemeliharaan emosi dan kesejahteraan secara menyeluruh. Ini adalah penting untuk menghasilkan atlet yang bukan sahaja berprestasi tinggi dalam bidang sukan tetapi juga membangunkan potensi insan secara menyeluruh.

SESI TOWNHALL MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA ATLET PARA

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hari ini mengadakan sesi townhall bersama atlet para negara bagi program podium para dan pelapis para.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk membuka ruang dialog dua hala secara terus antara Menteri Belia dan Sukan bersama atlet selain memberi peluang atlet menyuarakan pendapat dan cadangan penambaikan dalam program latihan.

Sesi townhall bersama 100 atlet para ini telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Majlis Sukan Negara Malaysia